Kerajaan cadang perkenal sewa beli penjawat awam

Kerajaan cadang perkenal sewa beli penjawat awam - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan cadang perkenal sewa beli penjawat awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan cadang perkenal sewa beli penjawat awam
link : Kerajaan cadang perkenal sewa beli penjawat awam

Baca juga


Kerajaan cadang perkenal sewa beli penjawat awam

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang memperkenalkan Skim Sewa Beli bagi membantu penjawat awam, terutamanya yang baharu bekerja, memiliki kediaman pertama mereka.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pihaknya sedang mengkaji cadangan skim itu sebelum mengemukakannya kepada Jabatan Perbendaharaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami masih memikirkan model terbaik untuk mempraktikkan cadangan ini.

Mungkin pada peringkat awal, semasa mereka (penjawat awam) masih muda dan banyak perbelanjaan lain, rumah itu kita sewakan dahulu sebelum mereka diberi peluang membelinya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Kakitangan Awam (KKKA) Jalan Cochrane di sini dan menyerahkan kunci rumah kepada 261 penjawat awam yang merupakan kumpulan pertama mendiami kuarters itu.

Jika cadangan itu diterima kerajaan, katanya beliau berharap skim itu dapat dilaksanakan tahun depan.

Ali berkata, sejak kebelakangan ini, ramai penjawat awam memohon melanjutkan penginapan dalam kuarters kerajaan termasuklah mereka yang sudah berpencen dengan alasan belum memiliki rumah.

"Ada yang menggunakan nama anak yang berkhidmat sebagai penjawat awam sebagai penama bagi memastikan mereka terus tinggal di kuarters itu.

"Ini tidak adil memandangkan ramai pemohon yang dalam senarai menunggu bagi mendapatkan kuarters, misalnya, di Putrajaya sahaja terdapat kira-kira 22,000 pemohon," katanya.

Menurutnya kerajaan sentiasa berusaha membantu penjawat awam memiliki rumah termasuk melaksanakan projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Terdahulu, dalam ucapannya Ali berkata pembinaan KKKA bertujuan memberi kemudahan kepada penjawat awam terutamanya penjawat awam kumpulan pelaksana yang bertugas di ibu kota.

"Penghuni KKKA hanya perlu membayar sewa pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran manakala kos penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan," katanya.

Kompleks kuarters kakitangan awam itu mempunyai 896 unit yang dibina di kawasan seluas 3.6 hektar dengan kos RM220 juta. Ia siap dibina sepenuhnya pada 27 Jan lepas.

KKKA Jalan Cochrone itu turut dilengkapi dengan 1,028 unit parkir, dewan serbaguna, surau, padang dan empat unit ruang pejabat. - Bernama
jobs from my.neuvoo.com


Demikianlah Artikel Kerajaan cadang perkenal sewa beli penjawat awam

Sekianlah artikel Kerajaan cadang perkenal sewa beli penjawat awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan cadang perkenal sewa beli penjawat awam dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/kerajaan-cadang-perkenal-sewa-beli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :