Judul : Kenapa Pemohon Berdaftar Dengan SSM Perlu Kemuka Dokumen Perniagaan Untuk Kelulusan BR1M?
link : Kenapa Pemohon Berdaftar Dengan SSM Perlu Kemuka Dokumen Perniagaan Untuk Kelulusan BR1M?
Kenapa Pemohon Berdaftar Dengan SSM Perlu Kemuka Dokumen Perniagaan Untuk Kelulusan BR1M?
Sejak semalam isu BR1M tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disebabkan LHDN mengkehendaki mana-mana individu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengemukakan dokumen perniagaan menjadi tular di media-media sosial.
Tujuan Kerajaan memberikan BR1M adalah untuk golongan berpendapatan rendah iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,000 (subsidi bersasar). Sebelum tahun ini ramai yang menerima BR1M apabila ianya tetap diberikan kepada mereka yg tiada slip gaji atau 'payslip'.
Hakikatnya ada peniaga yang berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan dan tetap menerima BR1M hanya kerana mereka tidak membuat potongan KWSP dan tidak membayar cukai. Kerajaan tidak dapat mengesan pendapatan mereka dan golongan ini terus menerus menerima BR1M.
Pemilik SSM yg berniaga kecil-kecilan yang menerima pendapatan kurang RM4,0000 sebulan dan termasuk dalam golongan sasar boleh buat rayuan dengan mengemukakan dokumen berkaitan ke pihak LHDN:
1. Penyata Bank.
2. Buku Simpanan.
Terdapat juga masalah lain yang menyebabkan penerima tidak menerima BR1M:
- Contoh 1 : Perlu kemuka sijil pengesahan perkahwinan. Ade kes pasangan sudah bercerai tetapi suami masih menikmati BR1M sebanyak RM1050, sepatutnya dapat RM450 sahaja Ini mengakibatkan bekas isteri gagal mendapat BR1M kerana tidak dikemaskini di dalam sistem (ini pembelaan kepada hak wanita) dan kepada yang ada masalah ini boleh kemuka rayuan dan bukti di LHDN seperti tarikh di bawah.
Contoh 2 : Tiada pengesahan berhenti belajar. Mahasiswa yang nendapat baucer buku RM250 perlu kemuka dokument tamat belajar untuk layak dapat BR1M untuk orang bujang sebanyak RM450 (untung RM200). Kemaskini di LHDN bermula tarikh seperti di bawah.
Contoh 3 : Nama anda tersenarai di dalam tanggungan pemohon lain. Yang ini kena semak sendiri, kalau ayh dapat, maka pastikan di dalam permohonan ayah, anda tiada dalam tanggungan jika anda bekerja sendiri.
Nota Kaki - Pada yang rasa layak menerima BR1M, tetapi tldak diluluskan oleh LHDN, bolehlah mengemukakan rayuan bermula 3 April 2017 - 31 Mei 2017.
Demikianlah Artikel Kenapa Pemohon Berdaftar Dengan SSM Perlu Kemuka Dokumen Perniagaan Untuk Kelulusan BR1M?
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Pemohon Berdaftar Dengan SSM Perlu Kemuka Dokumen Perniagaan Untuk Kelulusan BR1M? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/kenapa-pemohon-berdaftar-dengan-ssm.html