Judul : Kalau Tun Dr Mahathir Rasa Kuat Sangat, Cabarlah DS @NajibRazak Di Pekan
link : Kalau Tun Dr Mahathir Rasa Kuat Sangat, Cabarlah DS @NajibRazak Di Pekan
Kalau Tun Dr Mahathir Rasa Kuat Sangat, Cabarlah DS @NajibRazak Di Pekan
Begitu rendah taraf Pengerusi Parti Cap Bunga Raya merangkap Mantan Perdana Menteri 22 tahun untuk mencabar seorang Menteri Kabinet yang pernah berkhidmat di bawahnya untuk bertanding di Parlimen Langkawi di dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Tun Dr Mahathir dipetik berkata,
"Saya ajak dia bertanding dengan saya di Langkawi dalam pilihan raya akan datang. Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya. Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja."Tun Dr Mahathir mengulas perkara itu ketika menjawab cabaran DS Nazri Aziz supaya Tun Dr Mahathir bertanding di Padang Regas. DS Nazri sebelum itu dipetik berkata,
"Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada mereka, tapi jangan datang saja tapi bertanding di Padang Rengas pada pilihan raya akan datang."
Pertama, sebagai seorang Mantan Perdana Menteri 22 tahun yang juga pernah menjadi 'Boss' kepada DS Nazri, Tun Dr Mahathir sepatutnya tidak melayan provokasi DS Nazri dengan bertindak kebudak-budakan secara cabar mencabar. Teringat dialog dalam filem Labu Labu lakonan P Ramlee dan M Zain, "Ini kepala bapak aku, ini kepala bapak kau. Kalau berani pijaklah."
Kedua, Tun Dr Mahathir begitu iltizam dan istiqamah untuk menjatuhkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Salah satu cara untuk menjatuhkan beliau dan tidak memungkinkan beliau menjadi Perdana Menteri selepas PRU14 ialah menjatuhkan beliau ketika pilihan raya. Kenapa Tun Dr Mahathir tidak mahu bertanding di Parlimen Pekan dan seterusnya menewaskan DS Najib? Adakah Perdana Menteri 22 tahun takut berdepan dengan Perdana Menteri yang baru 6 tahun?
Ketiga, kebanyakan idol-idol Parti Cap Bunga Raya bertanding di Kedah. Tun Dr Mahathir di Langkawi, Mukhriz Mahathir, Sanusi Junid dan anaknya Akramshah serta Zainuddin Mydin. Hangpa ingat orang-orang Kedah bodoh ka?
Demikianlah Artikel Kalau Tun Dr Mahathir Rasa Kuat Sangat, Cabarlah DS @NajibRazak Di Pekan
Sekianlah artikel Kalau Tun Dr Mahathir Rasa Kuat Sangat, Cabarlah DS @NajibRazak Di Pekan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kalau Tun Dr Mahathir Rasa Kuat Sangat, Cabarlah DS @NajibRazak Di Pekan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/kalau-tun-dr-mahathir-rasa-kuat-sangat.html