Judul : Jeffrey Kitingan tak dibenarkan masuk ke Sarawak
link : Jeffrey Kitingan tak dibenarkan masuk ke Sarawak
Jeffrey Kitingan tak dibenarkan masuk ke Sarawak
Ketua pembangkang Sabah Jeffrey Kitingan kini turut berada dalam senarai panjang ahli politik yang diharamkan masuk ke Sarawak.
Menurut laporan Star Online, Jeffrey yang juga presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 6 petang tadi, tetapi dihalang oleh pegawai imigresen.
Jeffrey menaiki pesawat dari Kota Kinabalu, Sabah untuk mempengerusikan mesyuarat antara pemimpin Dayak dari Kalimantan dan Sabah.
“Saya masih di imigresen lapangan terbang. Nampaknya arahan datang daripada kerajaan Sarawak yang berkuat kuasa Februari tahun ini,” katanya dipetik sebagai berkata.
Jeffrey yang juga Adun Bingkor berkata beliau akan keluar dari Kuching menaiki pesawat pada 8.30 malam.
Sarawak, sama seperti Sabah dibenarkan untuk melarang mereka yang bukan kelahiran Sarawak daripada memasuki negeri itu, selaras dengan kuasa autonomi imigresen.
Tahun lalu, menjelang pilihan raya negeri Sarawak, beberapa ahli politik tidak dibenarkan masuk, termasuk daripada DAP.
Antara yang dilarang masuk ke Sarawak ialah Anthony Loke, Teresa Kok, Tony Pua dan Teo Nie Ching daripada DAP, sementara wakil rakyat PKR ialah Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin, dan Sim Sze Tsin; manakala Mohamad Sabu (Amanah) dan Datuk Seri Jamal Yunos (Umno) turut diharamkan ke negeri itu.
Pengkritik berkata Sarawak menyalahgunakan kuasa autonomi itu, tetapi pemimpin Sarawak, seperti bekas ketua menteri Tan Sri Adenan Satem mempertahankan arahan itu bagi mencegah “unsur tidak baik” memasuki Sarawak.
Demikianlah Artikel Jeffrey Kitingan tak dibenarkan masuk ke Sarawak
Sekianlah artikel Jeffrey Kitingan tak dibenarkan masuk ke Sarawak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jeffrey Kitingan tak dibenarkan masuk ke Sarawak dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/jeffrey-kitingan-tak-dibenarkan-masuk.html