Jawapan Timbalan Menteri mengejutkan

Jawapan Timbalan Menteri mengejutkan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jawapan Timbalan Menteri mengejutkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jawapan Timbalan Menteri mengejutkan
link : Jawapan Timbalan Menteri mengejutkan

Baca juga


Jawapan Timbalan Menteri mengejutkan

Sinar Harian
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Shamsul Iskandar Mohd Akin
KUALA LUMPUR - Jawapan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong bahawa kerajaan tidak mampu menurunkan harga barang amat mengejutkan.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia juga menunjukkan kerajaan tidak serius menangani beban kos sara hidup yang terpaksa ditanggung rakyat.
"Henry sendiri mengakui bahawa harga barang tidak dapat diturunkan disebabkan kenaikan kos yang terpaksa ditanggung peniaga-peniaga.

"Beliau turut menjelaskan kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan dan kerajaan tidak boleh menurunkan harga kerana kerajaan mengambil kira margin keuntungan peniaga, peningkatan kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung peniaga serta kejatuhan mata wang ringgit sebagai antara faktor, " katanya, hari ini.

Selain itu, kata Shamsul Iskandar, beliau juga telah bertanya di Dewan Rakyat mengenai persediaan kerajaan untuk menyediakan satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) khas menangani kos sara hidup.

Namun, katanya, Henry hanya menjawab satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menangani kos sara hidup yang diketuai Timbalan Perdana Menteri.
"Sehingga kini tiada satu laporan oleh jawatankuasa itu untuk dibentangkan dan rakyat tidak mengetahui sebarang keputusan yang telah dicapai," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan membanteras kenaikan harga barang dengan memperketatkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Ini supaya tindakan drastik dapat diambil terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya
"Penubuhan jawatankuasa tidak boleh menangani kos sara hidup tanpa satu laporan dibentangkan kepada rakyat," katanya.


Demikianlah Artikel Jawapan Timbalan Menteri mengejutkan

Sekianlah artikel Jawapan Timbalan Menteri mengejutkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jawapan Timbalan Menteri mengejutkan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/jawapan-timbalan-menteri-mengejutkan.html

Subscribe to receive free email updates: