Judul : Janji Timbalan Menteri Pengangkutan, Tiada Pekerja @ktm_berhad Dibuang Akibat RNAA cc. Datuk @AKaprawi
link : Janji Timbalan Menteri Pengangkutan, Tiada Pekerja @ktm_berhad Dibuang Akibat RNAA cc. Datuk @AKaprawi
Janji Timbalan Menteri Pengangkutan, Tiada Pekerja @ktm_berhad Dibuang Akibat RNAA cc. Datuk @AKaprawi
Kenyataan Media daripada Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan merungkaikan persoalan yang ditimbulkan oleh kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhubung Railway Network Access Agreement (RNAA) antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan Raiway Assets Corporation (RAC).
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid beberapa hari lepas, baca Free Malaysia Today di sini, melahirkan kebimbangan bahawa rancangan Kerajaan hendak menswastakan KTMB akan mengakibatkan kenaikan di dalam tambang. Ahli Parlimen PKR ini juga bimbang penswastaan ini juga bakal menyebabkan 5,500 pekerja KTMB kehilangan pekerjaan.
Kebimbangan yang saya turut disuarakan oleh Presiden The Railwaymen Union of Malaysia (RUM), Abdul Razak Md Hassan, baca di sini. Beliau melahirkan kebimbangan perjanjian RNAA ini bakal menyebabkan 4,000 pekerja KTMB kehilangan pekerjaan.
Baca Kenyataan Media Timbalan Menteri Pengangkutan seperti di bawah:
KENYATAAN MEDIA
Datuk Ab Aziz Kaprawi
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia
Tiada Pekerja KTMB Dibuang Akibat RNAA
1. Saya ingin menjelaskan bahawa TIDAK akan ada seorang pun pekerja KTMB yang bakal terlibat dengan Railway Network Access Agreement antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan Raiway Assets Corporation (RAC) akan kehilangan pekerjaan.
2. Kesemua pekerja yang terlibat dengan RNAA ini akan diserap masuk ke dalam anak syarikat milik KTMB.
3. Malah, saya jamin gaji, faedah dan apa-apa kelebihan yang dinikmati sebagai pekerja KTMB ketika ini TIDAK akan hilang mahupun berkurangan.
4. RAC adalah badan berkanun persekutuan manakala KTMB adalah syarikat milik penuh kerajaan.
5. Oleh itu tidak timbul persoalan bahawa RNAA akan menyebabkan KTMB diambil alih oleh pihak swasta.
6. Perjanjian RNAA adalah selari dengan klausa 89 Akta Keretapi 1991 untuk mengasingkan antara pengendali perkhidmatan keretapi yang mana diuruskan oleh KTMB, DAN pemilikan, pengurusan dan penyelenggaraan segala aset-aset keretapi bakal diuruskan oleh RAC.
7. Saya juga ingin menyangkal tuduhan bahawa akibat daripada RNAA ini, harga tiket dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh KTMB bakal meningkat.
8. RNAA TIDAK akan menyebabkan harga tiket dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh KTMB.
9. Tambahan pula, tuduhan yang mengatakan perjanjian ini bakal menyebabkan KTMB semakin terdedah kepada ketirisan dan kronisme adalah tidak betul.
10. Sebaliknya, perjanjian ini berupaya untuk mengurangkan ketirisan dan kronisme kerana ia menjadikan pengurusan setiap syarikat ini lebih fokus kepada bidang tugas masing-masing.
Demikianlah Artikel Janji Timbalan Menteri Pengangkutan, Tiada Pekerja @ktm_berhad Dibuang Akibat RNAA cc. Datuk @AKaprawi
Sekianlah artikel Janji Timbalan Menteri Pengangkutan, Tiada Pekerja @ktm_berhad Dibuang Akibat RNAA cc. Datuk @AKaprawi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Janji Timbalan Menteri Pengangkutan, Tiada Pekerja @ktm_berhad Dibuang Akibat RNAA cc. Datuk @AKaprawi dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/janji-timbalan-menteri-pengangkutan.html