Judul : Hak penjara larang Anwar sentuh keluarga, kata hakim
link : Hak penjara larang Anwar sentuh keluarga, kata hakim
Hak penjara larang Anwar sentuh keluarga, kata hakim
Mahkamah memutuskan Jabatan Penjara mempunyai hak melarang Anwar bersentuhan dengan keluarganya tanpa memberi alasan.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam tindakan undang-undang mencabar larangan Jabatan Penjara untuk beliau bersentuhan dengan ahli keluarga yang menziarahinya di Penjara Sungai Buloh.
Mahkamah Tinggi memutuskan adalah terpulang kepada Pengarah Jabatan Penjara sama ada membenarkan Anwar, yang menjalani hukuman penjara 5 tahun sejak Februari 2015, untuk bersentuhan dengan keluarganya.
“Peraturan dan undang-undang penjara tidak menyatakan Jabatan Penjara dan pegawai perlu memberikan alasan mengapa permintaan untuk hubungan fizikal ditolak,” kata hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.
Nik Hasmat menganggap semakan kehakiman yang difailkan Anwar untuk mencabar larangan Jabatan Penjara itu sebagai tidak wajar.
Menurutnya, larangan itu tidak melanggar hak Anwar di bawah perlembagaan, dan sebagai banduan, beliau perlu patuh peraturan penjara.
Nik Hasmat mengarahkan Anwar membayar kos RM1,000.
Dalam reaksi segera, Anwar berkata keputusan itu dijangkakan, manakala peguamnya, N Surendran memberitahu pihaknya akan merayu keputusan itu.
Anwar memfailkan semakan kehakiman pada 18 Mei bagi mencabar Jabatan Penjara dan kerajaan, selepas pihak penjara pada 14 Mac menolak permohonannya untuk mengadakan hubungan fizikal dengan ahli keluarga.
Semakan itu difailkan Anwar, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 4 anak perempuan dan 4 cucunya..
Demikianlah Artikel Hak penjara larang Anwar sentuh keluarga, kata hakim
Sekianlah artikel Hak penjara larang Anwar sentuh keluarga, kata hakim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hak penjara larang Anwar sentuh keluarga, kata hakim dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/hak-penjara-larang-anwar-sentuh.html