Judul : Guru wanita diserang lelaki berparang
link : Guru wanita diserang lelaki berparang
Guru wanita diserang lelaki berparang
Cermin hadapan kereta guru berkenaan yang dipecahkan |
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berkenaan dikatakan sedang menutup pagar sebelum keluar untuk ke tempat kerja dan menghantar anak-anaknya ke pusat jagaan kanak-kanak.
Menurut sumber, ketika menutup pagar, mangsa dihampiri dua lelaki yang menaiki motosikal dan membawa parang sebelum memasuki perkarangan rumah wanita berkenaan.
“Suspek bertindak memecah tayar dan cermin kereta jenis Perodua Myvi milik mangsa di bahagian pemandu sebelum melarikan beg tangan dan barang kemas yang dipakai wanita itu.
“Ketika kejadian, dua anak mangsa masing-masing berusia tiga tahun dan 10 bulan berada di dalam kenderaan itu. Namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Sementara itu, kejadian sama turut berlaku di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, di sini, kelmarin apabila empat lelaki bersenjatakan parang cuba menyamun sebuah rumah di lokasi berkenaan.
“Empat lelaki terbabit yang menaiki dua motosikal cuba memecah masuk ke pekarangan sebuah rumah di lokasi itu dengan bersenjatakan parang pada jam 11.10 pagi ketika anak mangsa menyidai kain,” katanya.
Demikianlah Artikel Guru wanita diserang lelaki berparang
Sekianlah artikel Guru wanita diserang lelaki berparang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guru wanita diserang lelaki berparang dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/guru-wanita-diserang-lelaki-berparang.html