Felda catat kerugian tidak nyata RM1.2b kerana FGV

Felda catat kerugian tidak nyata RM1.2b kerana FGV - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Felda catat kerugian tidak nyata RM1.2b kerana FGV, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felda catat kerugian tidak nyata RM1.2b kerana FGV
link : Felda catat kerugian tidak nyata RM1.2b kerana FGV

Baca juga


Felda catat kerugian tidak nyata RM1.2b kerana FGV

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda dan anak syarikatnya mencatatkan kerugian tidak nyata sebanyak RM1.21 bilion hasil pegangan sahamnya dalam Felda Global Ventures Bhd.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, Felda dan anak syarikatnya memegang kepentingan 33.8 peratus dalam FGV.
"Walau bagaimanapun, kerugian tidak nyata tidak direkodkan dalam penyata kewangan Felda, ini adalah kerana FGV dikategorikan sebagai sebuah syarikat bersekutu milik Felda.

"Oleh itu, pegangan saham Felda dalam FGV direkodkan sebagai pelaburan dalam syarikat bersekutu di mana FGV direkodkan pada kos dengan nilai RM3.371 bilion dalam penyata kewangan Felda," katanya.
Beliau berkata kaedah perakaunan ini adalah mematuhi piawaian laporan kewangan negara.

Razali berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang ingin tahu berapa kerugian Felda secara langsung akibat jatuhnya nilai saham dalam FGV dan bagaimana Felda akan menyusun dan menguruskan kerugian itu.

Timbalan Menteri berkata Felda menyokong penuh pelan perniagaan FGV untuk menstabilkan harga saham dan aliran tunai syarikat itu.
"Seperti pegangan saham lain yang dimiliki oleh Felda, Felda tiada hak untuk mencampuri urus tadbir syarikat.

"Ini memandangkan syarikat ini merupakan syarikat senaraian awam yang tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti," katanya.
Malaysiakini 20/3/17


Demikianlah Artikel Felda catat kerugian tidak nyata RM1.2b kerana FGV

Sekianlah artikel Felda catat kerugian tidak nyata RM1.2b kerana FGV kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Felda catat kerugian tidak nyata RM1.2b kerana FGV dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/felda-catat-kerugian-tidak-nyata-rm12b.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :