DIDIK ANAK, REMAJA KENAL ISLAM

DIDIK ANAK, REMAJA KENAL ISLAM - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DIDIK ANAK, REMAJA KENAL ISLAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DIDIK ANAK, REMAJA KENAL ISLAM
link : DIDIK ANAK, REMAJA KENAL ISLAM

Baca juga


DIDIK ANAK, REMAJA KENAL ISLAM


agama islam


Manusia tanpa agama umpama binatang yang lepas bebas tanpa peraturan dan undang-undang mengawal dan menjadi pedoman bagi hidup mereka. Agama penting kerana ia memperjelaskan hubungan manusia dengan Pencipta.

Dengannya, manusia mengetahui tanggungjawab terhadap Tuhan dan semua makhluk lain ciptaan-Nya. Ia membentuk jiwa atau rohani yang bersih serta dalam masa sama menidakkan ajaran sekularisme yang jauh terpesong dari syariah Islam.

Agama menggariskan segala peraturan berkaitan kehidupan manusia, sama ada untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup serta menentukan keseimbangan di dunia dan akhirat. Ini kerana akal fikiran manusia yang terbatas tidak mampu menyingkap sesuatu kebenaran atau masalah, agama menyediakan penyelesaian kepada segalanya.

Ia menyediakan peraturan lengkap yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia dari segi individu, masyarakat, ekonomi, politik dan segalanya.

Agama bentuk kehidupan

Agama juga mengawal nafsu manusia, menjadikan manusia berakhlak mulia dan menentukan tingkah laku yang baik dan bermoral/beretika. Dengan kata lain, agama membentuk peraturan hidup manusia secara keseluruhannya. Ia merangkumi semua fasa kehidupan bermula dari bayi, kanak-kanak, remaja, tua muda, sehinggalah kita menutup mata dan meninggalkan dunia yang fana ini.

Agama Islam diturunkan untuk membentuk akhlak manusia, yang mana akhlak mulia adalah fitrah manusia. ALLAH SWT berfirman:

"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaiknya." (Sirah At-Tiin: 4)

Rasulullah SAW juga bersabda: "Setiap anak yang dilahirkan adalah landasan fitrah (putih bersih dari penyelewengan fikiran), maka kedua ibu bapanyalah yang mencorakkan kehidupannya menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari)

Remaja atau orang muda pula adalah warisan dan penerus generasi kehidupan tamadun kita. Mereka adalah harapan agama, masyarakat dan negara bagi masa hadapan. 

Pada hari ini, alhamdulillah kita sudah mempunyai ramai golongan pemuda/pemudi Islam yang boleh menjadi kebanggaan dan harapan masyarakat. Semakin ramai pemuda berpelajaran tinggi mempunyai kesedaran dan penghayatan terhadap agama. Mereka bersungguh mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan. Perubahan sikap ini harus dibantu dan disokong agar lebih ramai remaja dan golongan muda menjadi contoh dan idola sesama mereka.

Hakikatnya, masih terdapat bahkan lebih ramai lagi kalangan remaja yang hanyut dengan budaya bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam. Kita sering mendengar golongan remaja yang terlibat dengan gejala sosial seperti pergaulan bebas sehinggakan melahirkan anak luar nikah kemudian tergamak membuang atau membunuh anak itu pula! Sebahagian lagi menggugurkan kandungan mereka.

Ini tidak termasuk muda-mudi yang ketagih dadah, pil khayal, arak, alkohol dan sebagainya.

Sehinggakan hampir setiap perbincangan dan berita perihal remaja berkisar mengenai masalah keruntuhan akhlak dan moral. Kerajaan dan masyarakat seakan-akan hilang punca dan tidak tahu lagi bagaimana cara untuk menangani masalah remaja. 

Paling merisaukan remaja hari ini seolah-olah begitu jauh dan terpisah daripada agama. Isu remaja tidak kenal Nabi Muhammad SAW, amalan agama itu tidak penting, isu tidak solat, remaja tidak tahu membaca dan hafal Al-Fatihah, tidak puasa, berpakaian mencolok mata dan seumpamanya telah menjadi fenomena biasa. Malah isu penting ini dianggap remeh, masyarakat dan pihak berkuasa hanya membiarkan masalah remaja ini ditangani ibu bapa dan keluarga sendiri.

Remaja fakir agama

Mengapakah keadaan sedemikian berlaku? Memang banyak elemen yang menyumbangkan kepada kerosakan dan kecelaruan ini. Tidak dinafikan ibu bapa adalah pembimbing dan idola pertama yang akan menjadi ikutan dan memberi kesan besar sepanjang kehidupan mereka.

Anak-anak secara tabiinya memandang ibu bapa mereka dahulu sebagai panduan hidup. Tetapi faktor persekitaran dan masyarakat sekeliling juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam masalah ini. 

Faktor negatif paling ketara ialah pendedahan terhadap budaya asing. Sekarang ini kita menghadapi pula dunia tanpa sempadan termasuk teknologi internet dan televisyen kabel yang mana segala bentuk informasi dapat diraih di hujung jari dengan hanya menekan butang. 

Setiap saat kita terpaksa mengakui anasir melalaikan begitu banyak di sekeliling remaja. Kecanggihan perkembangan teknologi maklumat yang melampaui batasan, muzik melalaikan serta pergaulan bebas di luar kawalan juga adalah antaranya. 

Cuba kita fikirkan seorang remaja yang masih memerlukan bimbingan dalam hidup, didedahkan setiap waktu dengan budaya hidup songsang ini, tidakkah mereka akan mudah terpengaruh dan terikut?

Adalah tidak salah untuk kita membuat rumusan, hampir semua isu keruntuhan moral dan kepincangan yang melanda remaja hari ini adalah kerana 'fakir agama', iaitu berpunca daripada kekurangan didikan agama dan keruntuhan didikan moral. Masalah ini bukan saja melanda remaja, malah menular dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat.

Masyarakat dewasa juga menyumbang ke arah kecelaruan pembentukan akhlak remaja ini. Kita menyuruh remaja menutup aurat, tetapi sebahagian besar masyarakat, tidak melaksanakannya, remaja juga dilarang merokok, tetapi pada masa sama keluarga dan masyarakat sekitar masih mengamalkan perbuatan itu, apa yang kita harapkan? Pastilah qudwah hasanah daripada dewasa yang terdiri daripada ahli keluarga dan masyarakat adalah penting untuk menjadi teladan kepada remaja dan sebagai salah satu cara untuk mendidik mereka.

Sekolah dan rakan sebaya juga faktor besar yang berperanan dalam membentuk sahsiah peribadi remaja. Rakan sebaya yang dapat memberi impak dan kesan positif sangat memainkan peranan. Ini kerana dalam fasa kehidupan remaja, rakan sebaya adalah orang paling rapat dan dapat memberi pengaruh yang besar bagi segala sikap dan tindak-tanduk mereka. 

Maka adalah penting untuk memantau dan memilih sahabat ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Seseorang itu akan terikut dengan agama kawan baiknya. Maka perhatikanlah dengan siapa kamu berkawan." (Riwayat Abu Daud)

Sekolah pula mesti berperanan sebagai pusat sumber ilmu, bimbingan dan didikan. Ia juga sebagai tempat memupuk kemahiran dan menyediakan medan untuk pelajar bersosial sesama mereka secara sihat dan terkawal.

Agama untuk difahami

Ini kerana pendidikan agama tidak cukup hanya diberi dan disemaikan di rumah oleh ibu bapa dan keluarga. Maka, tanggung jawab ibu bapa untuk mencari sekolah yang boleh mendidik dengan nilai dan ajaran agama yang membina. Tetapi pada hari ini, lebih ramai keluarga Muslim seolah-olah mementingkan mutu sekolah dalam hal akademiknya sahaja, tetapi kurang dalam nilai dan ajaran Islam.

Manakala silibus atau kurikulum sekolah (kerajaan/biasa) pada hari ini tidak begitu memberi penekanan terhadap tarbiah dan pendidikan agama. Pelajaran agama memang ada diberikan, tapi tidak membekas kepada jiwa dan kehidupan pelajar. Boleh jadi kerana disampaikan dengan teori sahaja.

Mungkin jika diberi penekanan, agama itu harus dipelajari, difahami serta diamalkan, insya-ALLAH pelajar dapat memahami dan menghayati agama bukan sekadar teori dan soal kepercayaan semata-mata. Mereka akan memahaminya sebagai pegangan hidup yang wajib diperjuangkan dan diamalkan sepanjang masa.

Namun, untuk mendapatkan hasil maksimum dalam membekalkan remaja dengan pendidikan agama yang menyeluruh, peranan dan kehendak kerajaan/negara yang serius diperlukan. Tanpa kesungguhan daripada pihak kerajaan, keupayaan pendidikan agama dan pendidikan lain untuk membendung gejala negatif ini masih terlalu kecil hasilnya.

Kesimpulannya kita memerlukan peranan yang besar daripada pihak kerajaan, selain dari masyarakat dan keluarga yang pastinya menjadi keutamaan, supaya jangan mengabaikan pendidikan agama! 

Pendidikan akidah dan kepercayaan kepada ALLAH wajib diterapkan dalam jiwa anak-anak seawal usia mereka, sebagaimana pendidikan Rasulullah SAW kepada kanak-kanak di zamannya. 

Daripada Ibnu Abbas RA, katanya: "Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah (membonceng), lalu Baginda bersabda: "Wahai anak, aku akan ajarkan kepadamu beberapa perkataan; Peliharalah (hak) ALLAH nescaya (ALLAH) akan memeliharamu, peliharalah (hak) ALLAH nescaya (ALLAH) akan berada di hadapan kamu (membimbingmu), dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada ALLAH, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada ALLAH. Dan ketahuilah, sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) ALLAH, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) ALLAH. Dan diangkat pena (selesai penentuan takdir) dan telah kering segala buku (catatan)." (Riwayat At-Tirmizi, Sahih)

Semoga remaja kita membesar dalam keadaan baik, persekitaran yang sesuai mesti dipilih, kawan-kawan perlu dipantau dan semua pergerakan mereka di bawah pemerhatian ibu bapa, dan guru pula bertindak sebagai murabbi (pendidik), iaitu lebih daripada hanya menyampai dan mencurah maklumat.




Demikianlah Artikel DIDIK ANAK, REMAJA KENAL ISLAM

Sekianlah artikel DIDIK ANAK, REMAJA KENAL ISLAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DIDIK ANAK, REMAJA KENAL ISLAM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/didik-anak-remaja-kenal-islam.html

Subscribe to receive free email updates: