DAP: Sabah, Sarawak dapat hasil cukai 50% jika Pakatan tawan Putrajaya

DAP: Sabah, Sarawak dapat hasil cukai 50% jika Pakatan tawan Putrajaya - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP: Sabah, Sarawak dapat hasil cukai 50% jika Pakatan tawan Putrajaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP: Sabah, Sarawak dapat hasil cukai 50% jika Pakatan tawan Putrajaya
link : DAP: Sabah, Sarawak dapat hasil cukai 50% jika Pakatan tawan Putrajaya

Baca juga


DAP: Sabah, Sarawak dapat hasil cukai 50% jika Pakatan tawan Putrajaya

 FMT| March 5, 2017
Putrajaya bawah naungan Pakatan Rakyat akan bayar 20% royalti minyak serta pulangan 50% daripada semua cukai yang dikutip, termasuk cukai GST.
limguangeng-dap-sabahsarawakPETALING JAYA: DAP menggariskan rancangan autonomi untuk Sabah dan Sarawak selain berikrar untuk mengembalikan 50% hasil cukai yang dipungut di kedua-dua negeri itu jika Pakatan Harapan menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP komited untuk memberi autonomi kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 jika Pakatan Harapan dan sekutunya membentuk kerajaan persekutuan.
“Ini termasuk autonomi penuh dalam pembiayaan dan pentadbiran penjagaan kesihatan dan pendidikan,” kata beliau kepada media sempena Persidangan Kepimpinan DAP Kebangsaan 2017 di Subang Jaya dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, autonomi dalam pendidikan masih tertakluk kepada kurikulum kebangsaan.

Mengenai isu komitmen kewangan kepada kedua-dua negeri itu, Guan Eng berkata, Putrajaya yang akan diterajui Pakatan Rakyat nanti akan membayar 20% royalti minyak dari hasil minyak minyak-masing serta pulangan 50% daripada semua cukai yang dikutip, termasuk cukai GST kepada negeri masing-masing.
Pada masa ini, Sabah dan Sarawak hanya menerima 5% royalti daripada hasil minyak mereka.

Di bawah Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak sepatutnya menerima 40% daripada hasil negeri masing-masing dari Putrajaya.
Sejak kebelakangan ini, perkara ini menjadi isu kontroversi terutama di kalangan parti pembangkang di negara ini.

“Sabah dan Sarawak akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pentadbiran dan pembiayaan kesihatan dan pendidikan di negeri mereka.
“Mereka sepatutnya mempunyai dana yang mencukupi daripada peningkatan royalti minyak dan cukai yang dikembalikan,” kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Mereka yang mahukan autonomi, sila sokong DAP.”
Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang turut hadir berkata, DAP akan berpegang teguh kepada janji autonomi dan mendakwa mereka tidak seperti Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Beliau mendakwa walaupun BN Sarawak bercakap mengenai isu-isu autonomi, realitinya hanyalah seperti ‘hamba dan tuannya’ di mana kerajaan Sarawak sudah ‘memohon’ autonominya daripada Putrajaya.

“Sebaliknya, DAP menawarkan autonomi kepada Sabah dan Sarawak.”
Chong berkata DAP akan berusaha untuk memasukkan lebih banyak sejarah Sabah dan Sarawak dalam kurikulum kebangsaan selain menghidupkan semula sekolah aliran Inggeris dan pengajaran bahasa ibunda di negeri itu


Demikianlah Artikel DAP: Sabah, Sarawak dapat hasil cukai 50% jika Pakatan tawan Putrajaya

Sekianlah artikel DAP: Sabah, Sarawak dapat hasil cukai 50% jika Pakatan tawan Putrajaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP: Sabah, Sarawak dapat hasil cukai 50% jika Pakatan tawan Putrajaya dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/dap-sabah-sarawak-dapat-hasil-cukai-50.html

Subscribe to receive free email updates: