Judul : DAESH ANCAM SERANG CHINA
link : DAESH ANCAM SERANG CHINA
DAESH ANCAM SERANG CHINA
Militan Daesh dari Uighur etnik minoriti China buat pertama kali melakukan ancaman secara terbuka apabila menyatakan rancangan mereka untuk menyerang China secara besar-besaran suatu hari nanti.
Ancaman berkenaan dilakukan melalui rakaman video berdurasi kira-kira 30 minit yang mula disiarkan pada 28 Februari lalu.
Memetik laporan Sin Chew Jit Poh, hasil analisis yang dilakukan oleh Kumpulan Risikan SITE, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, mendapati rakaman video itu dibuat oleh sebuah kumpulan Daesh di barat Iraq dan menampilkan militan dari Uighur.
Sejak berlaku beberapa siri keganasan di daerah Xinjiang beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan China mendakwa dalang di sebalik kejadian itu adalah kumpulan pemisah Uighur yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan militan di peringkat antarabangsa.
Dalam rakaman video berkenaan, seorang pejuang Uighur dilihat melakukan ancaman terhadap China dengan membunuh seorang yang didakwa sebagai perisik.
“Kau (China) tidak faham suara hati rakyat jelata! Kami adalah tentera Khilafah. Kami akan datang dan ingin beritahu, dengan senjata yang dimiliki, kami mahu menumpahkan darah anda sehingga menjadi sungai. Kami mahu membalas dendam untuk orang-orang yang tertindas,” kata pejuang Uighur itu.
Demikianlah Artikel DAESH ANCAM SERANG CHINA
Sekianlah artikel DAESH ANCAM SERANG CHINA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAESH ANCAM SERANG CHINA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/daesh-ancam-serang-china.html