Judul : BUAYA MASK KOLAM PANCING DITANGKAP
link : BUAYA MASK KOLAM PANCING DITANGKAP
BUAYA MASK KOLAM PANCING DITANGKAP
PAPAR: Unit Penyelamat Hidupan Liar Sabah (WRU) memerangkap seekor buaya tembaga sepanjang 2.37 meter di sebuah kolam memancing di Kampung Binukut, Kimanis di sini, pagi tadi.
Buaya itu memasuki perangkap besi yang dipasang sejak 6 Mac lalu, berikutan laporan berhubung kehadirannya oleh pemilik kolam selepas dikesan memakan umpan seorang pemancing yang menyertai pertandingan memancing di kolam terbabit.
Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Sen Nathan, berkata pihaknya menggunakan bangkai ayam sebagai umpan memerangkap buaya terbabit sebelum ia dikesan memasuki perangkap oleh pemilik kolam pada jam 7 pagi tadi.
Katanya, sepasukan anggota WRU dihantar ke kolam terbabit untuk mengambil dan membawa haiwan liar itu ke pusat penjagaan hidupan liar.
"Buaya itu akan disimpan sementara di pusat penjagaan hidupan liar, di bawah jagaan Jabatan Hidupan Liar Sabah sehingga kita mengenal pasti lokasi sesuai jauh dari penempatan manusia untuk dilepaskan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Berdasarkan laporan pemilik kolam persendirian terbabit, Dr Sen berkata, kehadiran buaya berkenaan dikesan selepas umpan seorang daripada pemancing dimakan reptilia terbabit ketika pertandingan memancing pada 5 Mac lalu.
Katanya, buaya terbabit dipercayai datang dari sungai berhampiran dan memasuki kolam berkenaan ketika banjir berikutan lokasinya di kawasan yang mudah dinaiki air
Demikianlah Artikel BUAYA MASK KOLAM PANCING DITANGKAP
Sekianlah artikel BUAYA MASK KOLAM PANCING DITANGKAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BUAYA MASK KOLAM PANCING DITANGKAP dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/buaya-mask-kolam-pancing-ditangkap.html