Judul : BUAT APA LAYAN PENGKHIANAT ?
link : BUAT APA LAYAN PENGKHIANAT ?
BUAT APA LAYAN PENGKHIANAT ?
Tidak timbul isu Hadi kena letak jawatan
TUMPAT - Pas tidak perlu tunduk pada gesaan supaya pimpinannya meletakkan jawatan berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 gagal dibentangkan di Parlimen.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob menegaskan Pas tidak gagal untuk membentangkan usul itu kerana sejak asal lagi RUU355 dibawa secara persendirian oleh Pas.
"Asalnya Pas yang nak bawa RUU ini, bila kerajaan BN nak bentangkan RUU sendiri di Parlimen, kita serah pada mereka. Bila mereka (kerajaan BN) dah tak dapat nak bentang atas sebab-sebab tertentu, kita akan bawa RUU ini secara bersendirian seperti asal.
"Tidak timbul isu RUU355 gagal menyebabkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama jawatankuasa parti kena letak jawatan," katanya.
Beliau menjawab kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengesa Abdul Hadi dan jawatankuasa parti perlu meletakkan segera jawatan mereka ketika ditemui pada majlis Penyampaian pelbagai bantuan di Wisma Abdurrahman di Kampung Paloh, hari ini.
Gesaan itu dilakukan Husam berikutan kegagalan Pas untuk membentangkan RUU355 di Parlimen yang selama ini rancak diusahakan.
Ahmad merupakan Menteri Besar berkata, Pas sudah membawa RUU355 masuk ke Parlimen dengan persiapan yang rapi dan yang tinggal lagi hanya di peringkat Parlimen.
Kelmarin, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN membuat keputusan tersebut yang selaras dengan amalan BN yang akan membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen.
Sehubungan itu,pembentangan RUU355 akan kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan Abdul Hadi.
Akta tersebut diperkenalkan kerajaan pada tahun 1976 dan dipinda kali pertama dan kedua masing-masing pada tahun 1984 dan 1989 dan ia kekal sebagai akta Kerajaan Persekutuan.
Demikianlah Artikel BUAT APA LAYAN PENGKHIANAT ?
Sekianlah artikel BUAT APA LAYAN PENGKHIANAT ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BUAT APA LAYAN PENGKHIANAT ? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/buat-apa-layan-pengkhianat.html