Judul : BEKALAN UBAT UNTUK PESARA KERAJAAN TAK DIHENTIKAN
link : BEKALAN UBAT UNTUK PESARA KERAJAAN TAK DIHENTIKAN
BEKALAN UBAT UNTUK PESARA KERAJAAN TAK DIHENTIKAN
Kuala Lumpur – Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan rawatan perubatan bersubsidi tinggi untuk pesara kerajaan dihentikan oleh kerajaan seperti yang ditularkan di media sosial oleh orang ramai.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebaliknya golongan pesara kerajaan akan terus diberi rawatan perubatan bersubsidi tinggi oleh kerajaan.
“Pesara perkhidmatan awam persekutuan dan veteren berpencen boleh mendapatkan preskripsi ubat dan alat perubatan yang berada dalam stok dan formulari Kementerian Kesihatan di fasiliti-fasiliti kesihatan kementerian ini.
“Manakala bagi ubatan dan alat perubatan yang tiada dalam stok/formulari Kementerian Kesihatan ia dilaksanakan mengikut tatacara sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Terdahulu, Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan mengambil maklum berhubung perjanjian perkhidmatan pembekalan ubat dan alat perubatan kepada pesara perkhidmatan awam Persekutuan dan veteren berpencen melalui sistem Electronic Medical Automation Supply System (e-MASS).
Jelas beliau, perjanjian perkhidmatan pembekalan ubat dan alat perubatan kepada pesara perkhidmatan awam Persekutuan dan veteren berpencen yang disediakan oleh syarikat Oratis Rx Sdn. Bhd. itu telah tamat.
Demikianlah Artikel BEKALAN UBAT UNTUK PESARA KERAJAAN TAK DIHENTIKAN
Sekianlah artikel BEKALAN UBAT UNTUK PESARA KERAJAAN TAK DIHENTIKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BEKALAN UBAT UNTUK PESARA KERAJAAN TAK DIHENTIKAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/bekalan-ubat-untuk-pesara-kerajaan-tak.html