Judul : Bangun dari mimpi, PKR beritahu PAS
link : Bangun dari mimpi, PKR beritahu PAS
Bangun dari mimpi, PKR beritahu PAS
Bola berada di gelanggang PAS untuk membuat keputusan politik yang profesional, matang dan peduli rakyat, kata Pemuda PKR Selangor
PETALING JAYA: Pemuda PKR Selangor cuba menyedarkan Pemuda PAS daripada mimpi kerjasama dengan PAS-Umno, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan usul Hadi di Dewan Rakyat.
Ketuo Biro Guaman Muhd Harris Idaham Abd Rashid menyampaikan rasa simpati Pemuda PKR negeri terhadap PAS kerana “terperangkap dalam mainan politik Umno-BN”.
Beliau mengulas keputusan Najib malam tadi, mengumumkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan membentangkan rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, yang diusulkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun lepas.
Pengerusi BN berkata keputusan itu selaras dengan prinsip konsensus yang mereka amalkan.
“Sudah terang lagi bersuluh Umno memberikan harapan palsu kepada PAS dengan memberikan ruang untuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Bil RUU 355,” kata Harris.
“Malangnya Hadi termakan umpan busuk dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan.”
Menurut Harris, membentangkan dan meluluskan usul Hadi bukan perkara susah memandangkan kerajaan mempunyai kuasa untuk memberi keutamaan kepada rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dibahaskan dan diundi pada permulaan persidangan.
“Tambahan pula, undi yang harus diperolehi adalah ‘simple majoriti’ sahaja dan bukanya 2/3,” kata Harris. “Tetapi hakikatnya bil itu tidak ada pergerakan sama sekali.”
Oleh itu, PAS sepatutnya sudah menyedari mereka sekali lagi dipermainkan Umno seperti yang berlaku pada 1977 apabila PAS ditendang keluar dari kerajaan oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn.
“Pemuda Selangor menyeru PAS untuk sedar daripada mimpi indah…kerana Umno takut untuk berpisah dengan rakan karib mereka iaitu MCA, MIC dan Gerakan,” kata Harris.
“Kini bola berada di gelanggang PAS untuk membuat keputusan politik yang profesional, matang dan peduli rakyat,” tambahnya, mengajak PAS untuk mengukuhkan kerjasama dengan PKR dan memastikan pertandingan 1 lawan 1 di semua kerusi pada pilihan raya umum akan datang.
Nasib kerjasama PAS dan PKR bakal ditentukan pada muktamar mereka yang ke-63, dijadualkan pada 29 April hingga 1 Mei di Kota Sarang Semut, Kedah.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 16 PAS kawasan sudah meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR, termasuk di Selangor dan Pulau Pinang.
Rang undang-undang Hadi mula dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mei 2016.
Pada November, Hadi meminda usulnya dengan cadangan meningkatkan hukuman maksimum mahkamah syariah kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.
Sekarang ini hukuman maksimum mahkamah syariah dihadkan kepada penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 sebatan rotan.
Demikianlah Artikel Bangun dari mimpi, PKR beritahu PAS
Sekianlah artikel Bangun dari mimpi, PKR beritahu PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bangun dari mimpi, PKR beritahu PAS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/bangun-dari-mimpi-pkr-beritahu-pas.html