Judul : Bagaimana @RafiziRamli Boleh Menjadi Akauntan Bertauliah Dengan Mengeluarkan Kenyataan-Kenyataan Bodoh Mengenai Hotel St Regis?
link : Bagaimana @RafiziRamli Boleh Menjadi Akauntan Bertauliah Dengan Mengeluarkan Kenyataan-Kenyataan Bodoh Mengenai Hotel St Regis?
Bagaimana @RafiziRamli Boleh Menjadi Akauntan Bertauliah Dengan Mengeluarkan Kenyataan-Kenyataan Bodoh Mengenai Hotel St Regis?
Ini adalah petikan daripada kenyataan terbaru Ahli Parlimen Ampang di dalam laman sosial Facebook beliau, di sini:
Saya telah menyemak prestasi kedua-dua syarikat ini sejak ditubuhkan sehingga ke penyata kewangan terkini yang diaudit, yang menunjukkan kedua-dua syarikat ini menanggung kerugian semasa dan terkumpul seperti berikut:
Integrated Nautical Sdn Bhd (Hotel St Regis)
Kerugian semasa - RM3 Juta (31 Disember 2015)
Kerugian terkumpul - RM8 Juta Sejak ditubuhkan 2013
Garuda Suci Sdn Bhd (LICC)
Kerugian semasa - RM2 Juta (31 Disember 2015)
Kerugian terkumpul - RM4 Juta Sejak ditubuhkan 2013
Kedua-dua projek ini tidak pernah menunjukkan keuntungan sejak ditubuhkan 3 tahun lalu dan ada kemungkinan ia akan berterusan mengalami kerugian seperti yang telah ditunjukkan di dalam penyata perbandingan kewangan.
Pertama, Majlis Pecah Tanah atau Ground-Breaking Ceremony bagi kedua-dua pembinaan Hotel St Regis dan Langkawi International Convention Centre (LICC) yang dimulakan pada tahun 2013 bermaksud bermulanya tarikh pembinaan kedua-dua hartanah berkenaan. Ini bukanlah bermaksud tarikh bermulanya opersi kedua-dua hotel dan pusat konvensyen berkenaan.
Adalah satu yang normal bagi sesuatu projek mengalami kerugian semasa projek pembinaan sedang berjalan memandangkan projek berkenaan belum menghasilkan sebarang keuntungan tetapi terdapat kos yang terlibat. Hotel St Regis hanya dibuka pada April 2016 dengan jumlah pengunjung yang begitu memberansangkan.
Kedua, hotel-hotel di Langkawi mencatatkan kadar kunjungan pelancong di antara 75% sehingga 95% pada suku pertama 2016. The Edge pula melaporkan,
Langkawi, one of the hotel markets with the highest average daily rate (ADR) in the country, is expected to continue performing well with the recent opening of the St Regis hotel, It has completely changed the high-end luxury travel for Langkawi.
Ketiga, Hotel St Regis bukanlah merupakan hotel rumah ayam yang selalu Rafizi Ramli menginap untuk mendapatkan ilham. Majah Vogue, baca di sini membuat ulasan Hotel St Regis seperti berikut:
3. Langkawi, Malaysia Thailand and Vietnam have traditionally stolen the spotlight in Southeast Asia, even though Malaysia’s cuisine, art, architecture, and beaches are just as fantastic. Langkawi, an archipelago made up of 99 islands on Malaysia’s west coast, is about to put the country on the travel map. The St. Regis opened the country’s first all-suite resort here, complete with a Bill Bensley–designed restaurant and the largest swimmable lagoon on the island. Next summer, the Ritz-Carlton is scheduled to open a 90-room, 30-villa property with a destination spa that will rival even Thailand’s famous wellness retreats.Manakala, majalah Singapore Tatler, baca di sini, juga memberi ulasan yang positif mengenai Hotel St Regis di Langkawi dengan tajuk rencananya, Langkawi Gets a Luxe Revival with The St. Regis.
Oleh kerana itulah, Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Aset Tanah Nasional Bhd memutuskan untuk bekerjasama dengan TS Peter Sondakh, yang memiliki rangkaian Hotel St Regis di Bali dan Jakarta untuk membangun hotel berkenaan di Langkawi.
Rafizi Ramli tidak perlulah menjalankan tugas hakikinya dengan menghasut rakyat tiap-tiap hari, dengan menyebarkan fitnah bahawa Kerajaan akan menanggung kerugian RM379 juta kesan dari pelaburan ini dan akan 'bail-out' projek ini pada masa akan datang.
Demikianlah Artikel Bagaimana @RafiziRamli Boleh Menjadi Akauntan Bertauliah Dengan Mengeluarkan Kenyataan-Kenyataan Bodoh Mengenai Hotel St Regis?
Sekianlah artikel Bagaimana @RafiziRamli Boleh Menjadi Akauntan Bertauliah Dengan Mengeluarkan Kenyataan-Kenyataan Bodoh Mengenai Hotel St Regis? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bagaimana @RafiziRamli Boleh Menjadi Akauntan Bertauliah Dengan Mengeluarkan Kenyataan-Kenyataan Bodoh Mengenai Hotel St Regis? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/bagaimana-rafiziramli-boleh-menjadi.html