ASID NITRIK TUMPAH ATAS JALAN

ASID NITRIK TUMPAH ATAS JALAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ASID NITRIK TUMPAH ATAS JALAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ASID NITRIK TUMPAH ATAS JALAN
link : ASID NITRIK TUMPAH ATAS JALAN

Baca juga


ASID NITRIK TUMPAH ATAS JALAN


Asid nitrik tumpah atas jalan


Kamunting - Tindakan pantas pihak bomba dan penyelamat meneutralkan bahan kimia tertumpah di atas Jalan Air Puteh, Simpang di sini, berjaya menyelamatkan pengguna yang melalui jalan itu, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.43 pagi itu, satu daripada tiga tong asid nitrik berkapasiti satu tan yang diangkut sebuah lori dikesan mengalami kebocoran semasa dibawa dari Shah Alam ke Kulim, Kedah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Mohd Taufiq Abd Sattar berkata, lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian turut menerima bantuan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping serta Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat).

“Siasatan awal mendapati asid berkenaan bersifat menghakis dan apabila terdedah kepada udara dan suhu tinggi, ianya akan meruap dan menghasilkan wap asid kuning yang berbahaya jika tersentuh mahupun dihidu.

“Anggota bertindak memakai pakaian lengkap dan alat pernafasan melakukan pemeriksaan dan mendapati bahan itu telah menghakis kerangka besi bekas sekali gus menghasilkan gas berwarna kuning,” katanya.

Menurutnya, pihaknya telah mendapat kerjasama daripada PDRM yang menutup dan mengawal lalu lintas bagi mengelakkan orang awam terdedah kepada wap yang terhasil itu.

“Jalan ditutup selama empat jam dan pasukan Hazmat yang tiba menjalankan kerja-kerja neutral dan memindahkan bahan kimia tersebut bagi memastikan keseluruhan bahan yang tertumpah neutral sebelum mengalir ke kawasan perparitan berhampiran.

“Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut berada di lokasi kejadian dan melakukan pemantauan sepanjang operasi berkenaan berlangsung. Bahan itu dipindahkan ke dalam ‘waste drum’ untuk tindakan selanjutnya,” katanya.




Demikianlah Artikel ASID NITRIK TUMPAH ATAS JALAN

Sekianlah artikel ASID NITRIK TUMPAH ATAS JALAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ASID NITRIK TUMPAH ATAS JALAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/asid-nitrik-tumpah-atas-jalan.html

Subscribe to receive free email updates: