[Video] Sultan Johor - 'Biar dia menangis, jangan kita menangis'...Baginda dilihat mengesat air matanya (Senarai 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta).

[Video] Sultan Johor - 'Biar dia menangis, jangan kita menangis'...Baginda dilihat mengesat air matanya (Senarai 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta). - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video] Sultan Johor - 'Biar dia menangis, jangan kita menangis'...Baginda dilihat mengesat air matanya (Senarai 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta)., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video] Sultan Johor - 'Biar dia menangis, jangan kita menangis'...Baginda dilihat mengesat air matanya (Senarai 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta).
link : [Video] Sultan Johor - 'Biar dia menangis, jangan kita menangis'...Baginda dilihat mengesat air matanya (Senarai 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta).

Baca juga


[Video] Sultan Johor - 'Biar dia menangis, jangan kita menangis'...Baginda dilihat mengesat air matanya (Senarai 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta).

Sabtu, 18 Februari 2017




'Biar dia menangis, jangan kita menangis' - Sultan Johor


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar meminta ibu bapa supaya memantau pergerakan aktiviti anak-anak mereka serta tidak membenarkan mereka keluar bersendirian pada waktu malam.

Baginda turut bertitah kepada ibu bapa supaya melarang anak-anak mereka bermain di kawasan-kawasan bahaya bagi mengelak kejadian yang tidak dingini.

Sultan Ibrahim bertitah demikian kepada keluarga dan waris mangsa di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru hari ini susulan kejadian lapan remaja berbasikal maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, dekat Johor Bahru awal pagi ini.

"Yang pergi tidak akan kembali, biarkan pergi, ini juga adalah pengajaran kepada ibu bapa untuk tidak membenarkan anak-anak mereka keluar pada waktu malam.

"Biar dia yang menangis, jangan kita menangis. Saya pun ada anak dan dah pergi tak kembali, kalau saya sedih awak sebagai ibu dan bapa kepada mangsa mesti lebih sedih. Ingat pesanan saya," titah baginda kepada keluarga mangsa.

Baginda, yang meluangkan masa lebih kurang 10 minit, kemudian mengucapkan takziah kepada waris mangsa sebelum dilihat mengesat air matanya.

Hadir sama, Imam Makam Diraja Mahmoodiah, Imam Masri Sapiran yang membacakan doa.

Dalam kejadian pukukl 3 pagi itu, dua lagi remaja lelaki masih kritikal manakala enam lagi cedera dan kini dirawat di HSA.

Kesemua mangsa terkorban dan cedera berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Difahamkan, ahli keluarga dan waris mula berkumpul di hadapan bilik mayat HSA seawal 7 pagi.

Menurut sumber, seramai 17 petugas termasuk seorang doktor pakar dan empat pegawai perubatan serta pegawai sokongan HSA terlibat dalam bedah siasat kesemua mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun merempuh sekumpulan remaja berbasikal yang sedang berkumpul di Jalan Lingkaran Dalam dan jalan sekitarnya.
- Bernama
Malaysiakini.

Senarai 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta


Berikut senarai lapan remaja berbasikal yang maut akibat dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Tengah, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, dekat Johor Bahru awal pagi tadi.

Senarai mangsa disahkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Shaharudin Sharif.

1. Muhammad Firdauz Danish M. Azahar, 16, (Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damai Jaya.
2. Mohammad Azrie Danish Zulkefli, 14, (SMK Tan Sri Mohamad Rahmat)
3. Haizad Kasrin, 16, (SMK Permas Jaya)
4. Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14, (SMK Tan Sri Mohamad Rahmat)
5. Fauzan Halmijah, 13, (SMK Desa Cemerlang)
6. Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee, 15, (SMK Dato Abdul Rahman Yasin)
7. Mohamad Azhar Amir, 16, (SMK Permas Jaya)
8. Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14, (Sekolah Menengah Agama (Swasta) Pasir Gudang).
- Bernama


Demikianlah Artikel [Video] Sultan Johor - 'Biar dia menangis, jangan kita menangis'...Baginda dilihat mengesat air matanya (Senarai 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta).

Sekianlah artikel [Video] Sultan Johor - 'Biar dia menangis, jangan kita menangis'...Baginda dilihat mengesat air matanya (Senarai 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta). kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video] Sultan Johor - 'Biar dia menangis, jangan kita menangis'...Baginda dilihat mengesat air matanya (Senarai 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta). dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/video-sultan-johor-biar-dia-menangis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :