USAHA MURNI JADI POLEMIK, KEJINYA ORANG POLITIK: di Johor juga dicaj 20 sen untuk plastik

USAHA MURNI JADI POLEMIK, KEJINYA ORANG POLITIK: di Johor juga dicaj 20 sen untuk plastik - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul USAHA MURNI JADI POLEMIK, KEJINYA ORANG POLITIK: di Johor juga dicaj 20 sen untuk plastik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : USAHA MURNI JADI POLEMIK, KEJINYA ORANG POLITIK: di Johor juga dicaj 20 sen untuk plastik
link : USAHA MURNI JADI POLEMIK, KEJINYA ORANG POLITIK: di Johor juga dicaj 20 sen untuk plastik

Baca juga


USAHA MURNI JADI POLEMIK, KEJINYA ORANG POLITIK: di Johor juga dicaj 20 sen untuk plastik


TATKALA media arus perdana rancak melaporkan isu kempen #bebasplastik yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada awal tahun ini, di Johor juga terdapat kempen sedemikian yang telah diusahakan oleh rangkaian restoran makanan segera dan turut mengenakan caj 20 sen bagi setiap helaian beg plastik yang dimahukan pelanggan.

Malah, pada hemat saya di Johor sendiri usaha sedemikian bukanlah yang pertama kerana terdapat juga pasar raya yang telah tampil dengan kempen seumpamanya dan turut mengenakan caj 20 sen bagi setiap helaian beg plastik yang dimahukan pelanggan.

Seperti kempen #bebasplastik di Selangor, usaha yang dikemudi oleh pihak yang berkenaan di Johor, dilihat sebagai membantu Kerajaan Negeri Johor melaksanakan larangan penggunaan beg plastik bermula pada tahun hadapan. Usaha pihak swasta seperti ini membantu kerajaan negeri membentuk kesedaran dan memberi didikan awal kepada masyarakat umum untuk tidak lagi bergantung kepada penggunaan beg plastik.

Memetik kenyataan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, plastik dicatatkan sebagai sisa kedua tertinggi sebanyak 14 peratus selepas sisa makanan (40%) yang dihasilkan oleh kita semua.

Makanya, kempen seumpamanya adalah suatu keperluan bagi mengecilkan angka tersebut dan memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah yang sedia ada.

Malangnya, usaha murni sebegini telah dicemarkan dengan tindak-tanduk segelintir pemimpin politik yang cuba meraih sokongan pengundi di Selangor dan dikeruhkan lagi dengan laporan songsang oleh media arus perdana. Dan, lebih tepat adalah kerana usaha murni ini dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Harapan.

Barangkali pemimpin politik yang gebang menghentam kempen #bebasplastik ini lupa bahawa beliau sedang mengetuai kementerian yang sedang mengusahakan dasar pengasingan sisa pepejal di punca melalui kempen #asingkan.

Dua dasar murni ini sebenarnya telah dijadikan mangsa demi meraih laba politik. Polemik sebagai tetapan agenda (agenda setting) telah digembar-gemburkan oleh media arus perdana setiap hari, saban waktu sehingga pada akhirnya mengelirukan dan seterusnya menggagalkan usaha membentuk kesedaran dan mendidik masyarakat umum.

Seperti kempen #bebasplastik yang kini dipersoal tentang aliran caj 20 sen bagi setiap helaian beg plastik yang diperlukan, kempen #asingkan pada awal pelaksanaannya juga dipersoal tentang kompaun yang dikenakan oleh pihak yang berkenaan sebagai lubuk baharu pemerintah menjana pendapatan.

Padahal, saya fikir, kaedah mengenakan kompaun melalui penguatkuasaan undang-undang sedemikian merupakan langkah akhir bagi mendidik dan mendisiplinkan masyarakat umum tentang pengurusan sisa pepejal yang lestari.

Media dan pemimpin masyarakat khususnya pemain politik seharusnya memberi pencerahan kepada masyarakat umum tentang keperluan untuk menjayakan dasar-dasar yang berkenaan sejajar dengan ketetapan yang telah dibuat melalui Persidangan tentang Alam Sekitar dan Pembangunan 1992 – pengurusan sisa pepejal telah diletakkan sebagai antara masalah asas yang dihadapi dunia bagi memelihara alam sekitar dan seterusnya mencapai pembangunan mapan di serata dunia.

Memangsakan usaha murni sebagai polemik demi meraih laba politik suatu kesilapan yang membawa kesan jangka panjang.

* Penulis graduan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)


Demikianlah Artikel USAHA MURNI JADI POLEMIK, KEJINYA ORANG POLITIK: di Johor juga dicaj 20 sen untuk plastik

Sekianlah artikel USAHA MURNI JADI POLEMIK, KEJINYA ORANG POLITIK: di Johor juga dicaj 20 sen untuk plastik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel USAHA MURNI JADI POLEMIK, KEJINYA ORANG POLITIK: di Johor juga dicaj 20 sen untuk plastik dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/usaha-murni-jadi-polemik-kejinya-orang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :