Tuduhan Raja Bahrin Shah Bahawa Malaysia Bersubahat Menyerang Yaman Adalah Keterlaluan

Tuduhan Raja Bahrin Shah Bahawa Malaysia Bersubahat Menyerang Yaman Adalah Keterlaluan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tuduhan Raja Bahrin Shah Bahawa Malaysia Bersubahat Menyerang Yaman Adalah Keterlaluan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuduhan Raja Bahrin Shah Bahawa Malaysia Bersubahat Menyerang Yaman Adalah Keterlaluan
link : Tuduhan Raja Bahrin Shah Bahawa Malaysia Bersubahat Menyerang Yaman Adalah Keterlaluan

Baca juga


Tuduhan Raja Bahrin Shah Bahawa Malaysia Bersubahat Menyerang Yaman Adalah Keterlaluan


Pengerusi Biro Antarabangsa PAN, Raja Bahrin Shah dalam sidang media di Wisma Amanah, Kuala Lumpur, semalam, telah mempertikaikan penglibatan pegawai tentera Malaysia di ibu pejabat tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi di Riyadh seperti dilaporkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menimbulkan persoalan sama ada Malaysia terlibat dalam kempen serangan udara terhadap Yaman. Baca kenyataan beliau sepenuhnya di Malaysiakini, di sini.

Pagi tadi, CTS telah menerima kiriman artikel daripada seseorang yang menamakan dirinya sebagai Bekas Troop Yaman, Kuala Terengganu. Artikel seperti yang disertakan di bawah sudah cukup untuk menolak dakwaan dan tohmahan tidak berasas daripada Raja Bahrin Shah.
RESPONS KEPADA RAJA KAMARUL BAHRIN, PENGERUSI BIRO ANTARABANGSA PARTI AMANAH NEGARA
3 Februari 2017
1. Anggota ATM telah berada di Arab Saudi sebelum bermula krisis di Yaman lagi. Mereka ditugaskan membantu operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia dan membawa mereka keluar dari zon krisis. Malah anak MB Kelantan sendiri turut dipindahkan dan MB secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada ATM atas perkara tersebut. 
2. Justeru, jelas anggota ATM ditempatkan di sana atas dasar kemanusiaan dan tidak sesekali terlibat dengan mana-mana pertempuran di Yaman seperti didakwa sesetengah pihak. 
3. Perlu diingatkan, tidak semua pelajar Malaysia telah dipindahkan kerana ada sebahagian yang MEMILIH untuk kekal di sana. Maka, adalah menjadi amanah dan tanggunjawab Kerajaan untuk pastikan keselamatan rakyat sentiasa terjaga. Tidak kiralah berapa jumlah mereka dan di mana jua mereka berada.
4. Walaupun menerima pelbagai tuduhan, cemuhan  dan fitnah, anggota kita tetap berkawal walaupun jumlah rakyat kita di sana telah jauh berkurangan. Sekurang-kurangnya Kementerian Pertahanan yang dipimpin Dato' Seri Hishammuddin tetap teguh dengan pendirian untuk meletakkan anggota di sana demi keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia. 
5.  Serentak itu, apa pula sumbangan Raja Bahrain dalam hal ini selain membuat tuduhan tidak berasas dan menghina anggota-anggota kita.
6. Tidakkah beliau mempunyai maruah diri atau sekurang-kurangnya menghargai jasa anggota kita. Beliau sendiri pernah mengharungi pengalaman pahit menyeludup keluar anak-anak beliau dari Australia pada satu ketika dahulu. Jika tidak mampu membantu rakyat kita di Yaman, berdiam diripun sudah memadai saya kira.
7. Dalam pada itu, umum mengetahui Dato' Seri Hishammuddin mempunyai hubungan erat dengan Timbalan Putera Mahkota Saudi. Situasi ini menyebabkan Arab Saudi berminat menjemput kita untuk melaksanakan latihan ketenteraan secara bersama bertujuan menambah kecekapan dan kepakaran anggota dari kedua-dua negara.
8. Walaubagaimanapun, pelaksanaan latihan ini hanya terhad di Arab Saudi sahaja dan anggota kita hanya terlibat dalam latihan berkisar bantuan kemanusiaan dan bantuan logistik semasa North Thunder. 
9. Berbalik kepada krisis di Yaman, Malaysia tidak pernah menyokong tindakan penindasan terhadap mana-mana negara termasuklah jika ia berlaku di Yaman. Namun di Yaman ini, isunya berbeza. Ia adalah tindakan memerangi dan membendung penyebaran dakyah IS.
10. Jika benar wawancara BBC menyatakan terdapat orang awam terbunuh di Yaman dan ia adalah tindakan yang berdosa, bagaimana pula dengan mangsa-mangsa penindasan yang terang lagi nyata di Rohingya? Adakah BBC tidak pula melihat perkara ini sebagai satu jenayah antarabangsa dan turut perlu diwawarkan kepada masyarakat dunia? 
11. Berhubung perbandingan menghadiri protes di Kedutaan Amerika Syarikat dengan menghadiri Majlis Pelepasan Kapal Misi Bantuan Ke Myanmar, persoalannya yang manakah lebih mendatangkan kesan langsung? Protes yang sekadar protes dan tidak beri sebarang impak ataupun tindakan menghulurkan bantuan yang benar-benar diperlukan oleh saudara-mara seislam kita di Myanmar ketika ini? Kita seharusnya berbangga kerana Malaysia merupakan negara pertama mengetuai bantuan seumpama ini serta mampu bekerjasama dengan pelbagai NGO dari rantau ASEAN dan seluruh dunia. 
12. Dan yang terakhir, berhubung dakwaan nasib dan keselamatan nelayan tidak terbela. Isu Laut China Selatan tidak boleh sewenang-wenangnya dikaitkan dengan isu ini. Isu Laut China Selatan merupakan isu berbeza dan melibatkan kuasa-kuasa besar dunia. Namun jika ia ingin dikaitkan dengan Laut Sulu, sesungguhnya kawalan keselamatan di perairan ini sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke samasa. 
13. Malah, Menteri Pertahanan dari Malaysia, Indonesia dan Filipina telah bersetuju untuk melakukan rondaan bersama di Laut Sulu dan akan mula dilaksanakan awal tahun ini demi memastikan keselamatan rakyat khususnya rakyat Sabah terus terpelihara.


Demikianlah Artikel Tuduhan Raja Bahrin Shah Bahawa Malaysia Bersubahat Menyerang Yaman Adalah Keterlaluan

Sekianlah artikel Tuduhan Raja Bahrin Shah Bahawa Malaysia Bersubahat Menyerang Yaman Adalah Keterlaluan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tuduhan Raja Bahrin Shah Bahawa Malaysia Bersubahat Menyerang Yaman Adalah Keterlaluan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/tuduhan-raja-bahrin-shah-bahawa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :