Judul : Tokong @cmlimguaneng Kata "I Love Penang", Betulkah?
link : Tokong @cmlimguaneng Kata "I Love Penang", Betulkah?
Tokong @cmlimguaneng Kata "I Love Penang", Betulkah?
Anak kelahiran Batu Pahat, yang dibesarkan di Melaka, dilantik oleh Rakyat Pulau Pinang menjadi Ketua Menteri mereka, Joseph Lim Guan Eng, hari ini, telah melancarkan slogan "I Love Penang" semeperna kempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Katanya di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di SJK Shang Wu,
Pilihan raya akan datang akan menjadi sangat penting dalam memelihara dan memastikan kewujudan Pulau Pinang. Kami tidak akan terlalu agresif. Kami tidak akan menggunakan cara yang keji seperti orang lain. Apabila mereka menggunakan kebencian, kita akan menggunakan cinta. Saya cadangkan kita melancarkan kempen di seluruh negeri untuk menunjukkan kita suka Pulau Pinang, untuk menunjukkan kita mahu Pulau Pinang untuk terus hidup, untuk memberitahu mereka untuk tidak menyentuh Pulau Pinang.
I Love Penang. Saya Sayangkan Pulau Pinang. Sayangkah kepada Pulau Pinang apabila kedua-dua Ketua Menteri dan Timbalannya bukan berasal dari Pulau Pinang? Sayangkah Pulau Pinang apabila Kerajaan Negeri menjual hampir kebanyakan tanah pulau di Pulau Pinang? Bukankah mereka lebih menyayangi kontraktor dan pemaju?
Sayangkah Pulau Pinang apabila mereka mengimport orang luar seperti Mat Sabu untuk duduk di dalam Lembaga Pengarah, syarikat GLC Pulau Pinang dan mengenepikan anak tempatan? Sayangkan Pulau Pinang apabila mereka melantik Saifuddin Nasution, orang luar sebagai penasihat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mereka mendabik dada mengatakan "I Love Penang"? Adakah Joseph Lim Guan Eng memberi amaran agar janga menyentuh Pulau Pinang supaya Pulau Pinang dapat di'wakaf'kan dan di'faraid'kan kepada anak cucu keturunan beliau?
Demikianlah Artikel Tokong @cmlimguaneng Kata "I Love Penang", Betulkah?
Sekianlah artikel Tokong @cmlimguaneng Kata "I Love Penang", Betulkah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tokong @cmlimguaneng Kata "I Love Penang", Betulkah? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/tokong-cmlimguaneng-kata-i-love-penang.html