Judul : Terlalu awal buat ulasan, ada kemungkinan gagal
link : Terlalu awal buat ulasan, ada kemungkinan gagal
Terlalu awal buat ulasan, ada kemungkinan gagal
Perbincangan Pas - Bersatu secara tertutup di Bangsar
KUALA LUMPUR - Perbincangan antara Pas dan Bersatu diadakan secara tertutup di Bangsar pada jam 11 pagi tadi bagi membincangkan kerjasama kedua-dua parti dalam blok pembangkang.
Difahamkan perbincangan tersebut diketuai Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Pas oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Namun, status terkini atau kata putus mengenai pertemuan tersebut masih belum diketahui.
Sebelum itu, Pejabat Agung Pas menjadi tumpuan para pengamal media sejak pagi lagi bagi membuat liputan mengenai pertemuan Pas - Bersatu memandangkan tiada maklumat diberikan berhubung pertemuan tersebut.
Ketika dihubungi, baik pemimpin Pas mahupun Bersatu mengunci mulut untuk memaklumkan perkara itu.
Terdahulu, dalam laporan Sinar Harian semalam melaporkan hari ini Bersatu dan Pas akan mengadakan pertemuan rundingan kerjasama menjelang PRU14.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu Pas duduk semeja esok]
Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamarudin Mohd Noor ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi mendakwa Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu mempertahankan kedudukan tanpa mempedulikan Islam.
“Oleh kerana wakil-wakil Bersatu dan Pas akan bertemu dalam rundingan berikutnya, saya fikir elok saya tidak mengeluarkan sebarang ulasan mengenai kenyataan tersebut.
“Insya-ALLAH kita lihat apa hasilnya selepas pertemuan itu,” katanya.
Demikianlah Artikel Terlalu awal buat ulasan, ada kemungkinan gagal
Sekianlah artikel Terlalu awal buat ulasan, ada kemungkinan gagal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Terlalu awal buat ulasan, ada kemungkinan gagal dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/terlalu-awal-buat-ulasan-ada.html