Judul : Sedang Kita Menyalahkan Guru, Apa Kata Za’ba Tentang Ibu Bapa
link : Sedang Kita Menyalahkan Guru, Apa Kata Za’ba Tentang Ibu Bapa
Sedang Kita Menyalahkan Guru, Apa Kata Za’ba Tentang Ibu Bapa
Za'ba |
Za’ba, dalam Mencapai Keluhuran Budi Bab 5, Ibu Bapa – Guru Yang Pertama menulis tentang ‘kurang ajar’:
“Kita sangat marah jika dikata orang diri kita atau anak kita ‘kurang ajar’ kerana ‘kurang ajar’ itu bermakna bahawa emak bapa kita di rumah tidak cukup atau tidak tahu mengajar kita aturan adab yang halus-halus…”
“Padahal yang sebenarnya semua sifat-sifat perangai yang kekurangan dan rendah dan hina pada diri kita dan anak-anak kita itu ialah boleh disusun asalnya tersebab daripada ‘kurang ajar’ belaka. Sama ada kurang ajar oleh diri kita sendiri atau kurang ajar oleh emak bapa di rumah masa kita kecil-kecil.”
Kemudian Za’ba menyambung:
“Rumah itulah sekolah yang pertama kepada anak-anak itu bagi pelajaran bagaimana melakukan dirinya dalam kehidupan dunia ini; dan ibu bapa itulah guru sekolahnya yang awal pertama sekali.”
“Jikalau sekiranya asuhan dan didikan perangai yang didapatinya di rumah itu tiada senonoh atau tiada baik, maka itulah yang akan menjadikan dia ‘kurang ajar’, kurang amanah, makan suap dan sebagainya apabila ia telah besar kelak.”
Za’ba memberi contoh:
“Misalnya jika di sekolah guru-gurunya mengajar suruh bersih tetapi di rumahnya sentiasa kotor, ibu bapanya sendiri tiada bersih, suka buang air besar di parit atau di longkang-longkang sahaja umpamanya, barang di rumah bersepah-sepah tiada aturan, kain-kain tersepah di sana tersangkut di sini, kencing budak kecil berlelehan di lantai – maka betapakah dapat dipersetujukan di antara dua macam sekolah itu?”
Mudahnya, 3 poin penting Za’ba dalam bab ini ialah:
1. Kalau anak kurang ajar, maknanya ibu bapa yang tak tahu mengajar anak (dalam bahasa mudah, ibu bapalah yang kurang ajar dulu).
2. Rumah ialah sekolah pertama anak, ibu bapa ialah guru sekolah anak yang terawal sekali.
3. Kalau rumah kau pun kain bersepah, janganlah gedik bila anak kena tampar, nak saman cikgu. Lipat baju tu semua dulu kay?
Jarang sekali kita, sebagai ibu bapa sedar bahawa salah satu kesalahan kita terhadap anak-anak ialah – melepaskan tanggungjawab mengajar anak kepada guru di sekolah formal.
Kerana kita terlalu fokus kepada tanggungjawab guru – yang kononnya ditugaskan untuk mendidik anak kita. Padahal dalam masa yang sama, tak sedar kita juga sebagai ibu dan bapa – punya tanggungjawab yang lebih besar kerana, anak itu ialah anak yang kita sama-sama lahir dan besarkan.
Begitulah Za’ba mengingatkan kita entah berapa puluh tahun yang lalu dalam karangannya. Terpulanglah kepada kita untuk mengambil manfaat dan mula lipat baju sekarang, atau buat selamba badak dan terus bash cikgu di Fesbuk.
ZF Zamir
Gerakan Hormati Guru di Fesbuk & Gerakan Anti-Rumah Bersepah
Sumber: The Vocket
Demikianlah Artikel Sedang Kita Menyalahkan Guru, Apa Kata Za’ba Tentang Ibu Bapa
Sekianlah artikel Sedang Kita Menyalahkan Guru, Apa Kata Za’ba Tentang Ibu Bapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sedang Kita Menyalahkan Guru, Apa Kata Za’ba Tentang Ibu Bapa dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/sedang-kita-menyalahkan-guru-apa-kata.html