SAINGAN TIGA PENJURU DALAM PRU14 HAMPIR PASTI

SAINGAN TIGA PENJURU DALAM PRU14 HAMPIR PASTI - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SAINGAN TIGA PENJURU DALAM PRU14 HAMPIR PASTI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SAINGAN TIGA PENJURU DALAM PRU14 HAMPIR PASTI
link : SAINGAN TIGA PENJURU DALAM PRU14 HAMPIR PASTI

Baca juga


SAINGAN TIGA PENJURU DALAM PRU14 HAMPIR PASTI


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz


Kuala Lumpur - Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini membayangkan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, hampir pasti.

Beliau berkata kenyataan terbaharu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak sujud di kaki Pas telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara kedua-dua parti itu.

"Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan," katanya dalam entri di laman Facebooknya semalam.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, Kuala Terengganu, hari ini mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurut Abdul Hadi, keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan Pas sebelum ini. 

Nik Mohamad Abduh berkata kekuatan Pas untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga menyebabkan DAP, Amanah, PKR dan PPBM berterusan menyerang Pas dan mengaitkannya sebagai sekutu Umno.

Menegaskan Umno kekal sebagai musuh tradisi parti itu dalam politik, Pas bagaimanapun menyifatkan politik DAP adalah lebih berbahaya.

"Pas mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana Umno membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai.

"DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti. PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang," tulis beliau.




Demikianlah Artikel SAINGAN TIGA PENJURU DALAM PRU14 HAMPIR PASTI

Sekianlah artikel SAINGAN TIGA PENJURU DALAM PRU14 HAMPIR PASTI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SAINGAN TIGA PENJURU DALAM PRU14 HAMPIR PASTI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/saingan-tiga-penjuru-dalam-pru14-hampir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :