Judul : RUU 355 perlu dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu
link : RUU 355 perlu dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu
RUU 355 perlu dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Melayu mahu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Majlis Agama negeri-negeri sebelum dibincangkan di Parlimen.
Ahli Lembaga Penasihat, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman, berkata ini kerana urusan hal-ehwal agama Islam negeri-negeri adalah di bawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu dan mempunyai budi bicara sepenuhnya.
"Pihak lain tidak ada kuasa, lebih-lebih lagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Oleh itu perlu dirunding dulu (pindaan ke atas RUU 355), jika tidak ia akan menjadi kesilapan besar," katanya dalam sidang akhbar khas mengenai RUU 355 di Skala Design Consult Desa Pandan di sini, hari ini.
Sidang media khas itu berikutan PAS mahu menganjurkan Perhimpunan RUU 355 di Padang Merbok pada Sabtu ini.
Perhimpunan bertemakan 'Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera' itu diadakan sebagai usaha menyokong pindaan RUU 355 yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 24 November lalu dan akan dibaca buat kali kedua di Parlimen, Mac nanti.
Yang turut hadir, Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr Hasan Mad; Ahli Lembaga Penasihat MPM, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Rahman Abdul Hamid dan Ahli Majlis MPM, Shahbudin Embun.
Abdul Aziz yang juga Pakar Perlembagaan Negara berkata, RUU 355 perlu dikekalkan dengan hukuman sedia ada kerana ia sudah mencukupi.
Katanya, pada masa ini, hukuman sedia ada tidak dilaksana mengikut ketetapan dan hukuman maksimum.
"Kesalahan bertentangan dengan ajaran Islam tidak perlu hukuman tinggi seperti dicadangkan (30 tahun penjara, RM100,000 denda dan 100 kali sebatan).
Akta itu hanya 25 kesalahan jenayah saja manakala kesalahan seperti membunuh, merogol dan kesalahan lain seperti yang terkandung dalam Kanun Keseksaan tidak termasuk dalam akta itu.
"Misalnya, kesalahan berkhalwat atau tidak puasa dalam pindaan itu boleh dikenakan 30 tahun penjara, rotan 100 kali dan denda RM100,000. Orang Islam tidak boleh terima cadangan ini. Aras hukuman yang ada sekarang tidak diguna.
"Contohnya, baru-baru ini ada kes khalwat di Kuala Lumpur, Mahkamah Syariah hanya menjatuhkan hukuman penjara 14 hari saja," katanya. - BH
Demikianlah Artikel RUU 355 perlu dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu
Sekianlah artikel RUU 355 perlu dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RUU 355 perlu dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/ruu-355-perlu-dipersembahkan-kepada.html