Judul : Presiden MCA Pertahankan Tindakan @PDRMsia Dan Mengaggap Duta Korea Utara Biadap
link : Presiden MCA Pertahankan Tindakan @PDRMsia Dan Mengaggap Duta Korea Utara Biadap
Presiden MCA Pertahankan Tindakan @PDRMsia Dan Mengaggap Duta Korea Utara Biadap
Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai telah menganggap Duta Korea Utara sebagai kurang ajar dan tidak profesional dalam membuat tuduhan-tuduhan tidak berasas. Ini berikutan Duta Korea Utara Kang Chol telah mengecam cara Malaysia mengendalikan siasatan dan menuduh Malaysia "bersekongkol" dengan musuh, Korea Utara iaitu Pyongyang dalam kes pembunuhan King Jong-nam.
DS Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata Polis Di Raja Malaysia (PDRM), dengan bantuan agensi-agensi lain, telah menjalankan tugas yang baik dalam memberkas suspek dalam tempoh masa yang singkat. Beliau berkata kejadian itu berlaku di negara ini, oleh itu Malaysia berkewajipan untuk menjalankan tugas secara profesional dalam menyelesaikan kes itu.
Menurut beliau lagi, kes pembunuhan ini telah menjadi kes yang berprofil tinggi. Seluruh dunia sedang memerhatikan Malaysia dan Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa kes itu disiasat dengan teliti dan secara telus.
DS Liow sebelum itu memberi jaminan lapangan terbang KLIA2 adalah selamat dan mempunyai kawalan keselamatan terbaik. Beliau mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) supaya bekerjasama dengan PDRM, termasuk memberi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Kim Jong-nam, iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dilaporkan berada di KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Macau dan kemudian meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, selepas meminta bantuan di kaunter lapangan terbang berkenaan.
Kim Jong-nam telah dibunuh oleh dua orang wanita dengan disimbah dengan bahan kimia pada wajahnya di KLIA2 pada 13 Feb lepas. Dua wanita, seorang lelaki Malaysia dan seorang lelaki Korea Utara telah ditahan bagi membantu siasatan.
Demikianlah Artikel Presiden MCA Pertahankan Tindakan @PDRMsia Dan Mengaggap Duta Korea Utara Biadap
Sekianlah artikel Presiden MCA Pertahankan Tindakan @PDRMsia Dan Mengaggap Duta Korea Utara Biadap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Presiden MCA Pertahankan Tindakan @PDRMsia Dan Mengaggap Duta Korea Utara Biadap dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/presiden-mca-pertahankan-tindakan.html