Judul : Presiden FAM perlu tukar perlembagaan
link : Presiden FAM perlu tukar perlembagaan
Presiden FAM perlu tukar perlembagaan
Sinar Harian
31 Januari 2017
"SAYA hanya orang kecil yang tidak sama seperti orang besar yang ada-ada sekarang ini untuk menjadi presiden,” demikian menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan pencalonan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Beliau berkata demikian, ketika menjawab soalan yang diajukan penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebentar tadi.
Memetik sesi soal jawab yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, TMJ berkata, sesiapa yang menjadi Presiden FAM, perlu menukar perlembagaan sedia ada kepada yang baharu.
“Berikan rakyat kuasa untuk mengundi, rakyat yang buat keputusan siapa yang paling layak menjadi Presiden FAM.
“Undian daripada badan gabungan dan penyokong perlu ada. Tetapi tengoklah nanti. Saya ini orang kecil sahaja di JDT.
“Saya menjaga kelab kecil, jadi saya akan fokus untuk menjaga kelab kecil saya ini,” ujar beliau.
Beliau berkata, sebagai presiden FAM, tidak seharusnya ada campur tangan mana-mana pihak termasuk kerajaan kerana ia hanya akan merosakkan imej bola sepak itu sendiri.
“Saya tidak mahu jadi seperti di Indonesia. Liga mereka diharamkan untuk beberapa tahun oleh Federasi Sepak Bola Dunia (Fifa).
“Keduanya, saya tidak mahu jawatan tertinggi FAM digunakan semata-mata untuk melonjakkan karier politik seseorang,” ujarnya.
Katanya lagi, bola sepak ini adalah hak milik rakyat, sesiapa berkhidmat untuk bola sepak adalah untuk melakukan kebaikan demi pasukan kebangsaan, integriti dan kualiti liga tempatan dan melibatkan penyokong-penyokong untuk sama-sama dengan persatuan atau kelab bagi membangunkan bola sepak Malaysia.
“Jadi, sesiapa sahaja yang menjadi presiden perlu jadi individu yang tiada kaitan dengan politik oleh kerana benda ini akan disalahgunakan, itu sahaja.
“Jadilah individu yang boleh berkhidmat khas untuk bola sepak,” katanya.
Sebelum ini, nama TMJ disebut-sebut sebagai calon paling layak menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berikutan penglibatannya secara langsung dalam arena bola sepak di samping minat dan komitmen yang ditunjukkan hingga berjaya membangunkan JDT dalam masa singkat.
Selain isu Presiden FAM, penyokong turut mengajukan beberapa soalan yang antaranya berkaitan JDT yang beraksi menentang Bangkok United untuk aksi pusingan kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL) tahun ini serta masa hadapan JDT untuk musim ini.
Demikianlah Artikel Presiden FAM perlu tukar perlembagaan
Sekianlah artikel Presiden FAM perlu tukar perlembagaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Presiden FAM perlu tukar perlembagaan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/presiden-fam-perlu-tukar-perlembagaan.html