PKR AKAN MENDERITA DI KEDAH

PKR AKAN MENDERITA DI KEDAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR AKAN MENDERITA DI KEDAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR AKAN MENDERITA DI KEDAH
link : PKR AKAN MENDERITA DI KEDAH

Baca juga


PKR AKAN MENDERITA DI KEDAH

AKIBAT PERPECAHAN PEMBANGKANG
MAKA YANG AKAN MENJADI MANGSA
IALAH PKR, KERANA PKR SELAMA INI HANYA 
BERGANTUNG PADA PAS DAN DAP
 
PAS KELIHATAN KUAT DAN SETABIL
DIDALAM POLITIK NEGARA, KERANA 
ITU HASIL KAJIAN DAN TINJAUAN POLITIK
MAKA DAP JUGA MAHU BERBAIK SEMULA 
DENGAN PAS, KERANA MENYEDARI
KEKUATAN HANYA ADA PADA PAS
 
YANG MENGATAKAN PAS AKAN MENDERITA
HANYALAH UNTUK PULIH SEMANGAT AHLI
SAHAJA, KENYATAANNYA AKAN
TERBUKTI JUGA NANTI
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Laluan sukar Umno, Pas
Dr Azman Ismail
Dr Azman Ismail

ALOR SETAR - PKR Kedah yakin Pakatan Harapan tidak berdepan masalah sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 akan datang, sebaliknya Pas dan Umno akan melalui laluan sukar.

Pengerusinya, Dr Azman Ismail mendakwa Pakatan Harapan mempunyai kelebihan manakala Pas dan Umno bakal berdepan situasi memeritkan.

“Pertandingan tiga penjuru memanglah sukar untuk semua pihak, namun lebih perit kepada parti yang pernah menjadi kerajaan seperti Umno dan Pas. Umno Kedah kini berdepan masalah dalaman apabila mendapat tentangan hebat dari bekas ahlinya yang sertai Bersatu, Pas Kedah pula tidak sekuat dahulu,” katanya.

Menurutnya, ramalannya itu adalah realistik dan berdasarkan kepada kajian senario berbeza pilihan raya serta sentimen pengundi di Kedah.

“Lebih separuh daripada 36 kerusi Dun dan 15 kerusi parlimen dijangka bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada PRU14, walaupun BN Kedah pernah suarakan tidak bimbang dengan Bersatu dan yakin menang majoriti 2/3,” katanya.

Azman berkata, berdasarkan kaji selidik, tidak mungkin Pas masih memiliki kerusi selamat untuk dipertahankan walaupun di kawasan kubu kuatnya seperti Tokai dan Sungai Limau.

“PKR, Amanah dan DAP juga memiliki kerusi yang boleh dipertahankan tetapi untuk parti yang pernah dominan, pertandingan tiga penjuru memeritkan dan mereka boleh kehilangan kedudukan dominan itu, terutama apabila bersaing di jajaran pengundi yang sama,” katanya.

Menurutnya, adalah lebih baik jika semua pihak yang mahu melihat Umno/BN ditumbangkan berbincang bagi memastikan berlaku pertandingan satu lawan satu.

“Pandangan saya adalah realistik dan menggambarkan sentimen rakyat serta tidak menghina atau memperlekeh sesiapa. Politik Pas dan Umno masih berdasarkan agama dan bangsa, mereka bersaing dalam kumpulan pengundi yang sama,” katanya.

Azman berkata, Pas harus sedar terhadap risiko bersendirian atau boleh terus memilih untuk meneruskan perjuangan tanpa mengambil tahu isu sekeliling.

“Saya yakin dalam tempoh tiga bulan atau lebih, Bersatu akan bertambah kuat dan pertandingan tiga penjuru lebih berpihak kepada kami,” katanya.

Menurutnya, BN mungkin beranggapan Pas memecahkan undi pembangkang namun ia adalah harapan palsu, selain BN juga perlu mengambil kira populariti pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terkini, Umno memiliki 18 kerusi Dun, bersama MCA (2), manakala Pas (8), PKR (4), DAP (2), selain Bersatu dan Amanah masing-masing satu.


Demikianlah Artikel PKR AKAN MENDERITA DI KEDAH

Sekianlah artikel PKR AKAN MENDERITA DI KEDAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR AKAN MENDERITA DI KEDAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/pkr-akan-menderita-di-kedah.html

Subscribe to receive free email updates: