PIBG boleh minta, tapi jangan paksa...

PIBG boleh minta, tapi jangan paksa... - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PIBG boleh minta, tapi jangan paksa..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PIBG boleh minta, tapi jangan paksa...
link : PIBG boleh minta, tapi jangan paksa...

Baca juga


PIBG boleh minta, tapi jangan paksa...


SEREMBAN - “Mereka boleh minta, tapi jangan paksa,” demikian reaksi bekas guru, J Arul Kumar tatkala mengulas tindakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah rendah di daerah ini yang mula menjadi tular di internet sejak Sabtu lalu.

Sekolah terbabit dikatakan mengharap sumbangan satu rim kertas A4 putih 70g/m daripada setiap ibu bapa bagi menampung kos percetakan untuk tujuan pengurusan dan pembelajaran.

Difahamkan, sumbangan tersebut boleh diserahkan ketika mesyuarat agung PIBG ke-38 sekolah berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.

“Biarlah sumbangan dibuat secara sukarela. Fokus pada ibu bapa yang benar-benar berkemampuan saja. Maklumlah, harga satu rim kertas A4 pun boleh tahan sekarang.

“Kalau tidak silap saya, paling murah pun sekitar RM10. Bagi mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai ramai tanggungan, nilai itu terlalu besar untuk dikorbankan.

“Inilah akibatnya apabila peruntukan untuk sektor pendidikan dikurangkan. Pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah yang jadi mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Pemuda DAP Negeri Sembilan berkata, sedikit sebanyak akan ada implikasi bakal dihadapi melalui kaedah sedemikian.

“Memandangkan pembelian dibuat oleh ibu bapa bukan secara pukal atau borong, harganya pasti lebih mahal berbanding pihak sekolah membelinya dalam kuantiti yang banyak.

“Kemudian, kualiti kertas yang disumbangkan pasti berbeza dan tidak seragam. Ini akan menimbulkan masalah lain kelak, misalnya apabila digunakan untuk mencetak soalan peperiksaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah pun dimaklumkan berhubung kes tular berkenaan.

“Kita sedang mendapatkan maklumat lanjut. Tindakan akan diambil selepas penelitian dibuat secara mendalam dalam jangka masa terdekat,” katanya.

jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel PIBG boleh minta, tapi jangan paksa...

Sekianlah artikel PIBG boleh minta, tapi jangan paksa... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PIBG boleh minta, tapi jangan paksa... dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/pibg-boleh-minta-tapi-jangan-paksa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :