Perbezaan PIBG dan PIBK

Perbezaan PIBG dan PIBK - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perbezaan PIBG dan PIBK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perbezaan PIBG dan PIBK
link : Perbezaan PIBG dan PIBK

Baca juga


Perbezaan PIBG dan PIBK

KOTA TINGGI - Masih terdapat kalangan masyarakat yang keliru antara Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) dan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), malah ada yang tersalah anggap dan menyangka PIBG sudah tidak wujud tetapi digantikan dengan PIBK.

Pegawai Meja Inisiatif PIBK, Nurashikin Munaim berkata, PIBG tetap kekal hingga hari ini seperti mana penetapan dalam Akta Pendidikan yang tertakluk di bawah Perlembagaan PIBG digubal Peraturan-peraturan PIBG 1998.

Menurutnya, bagi memahami lebih lanjut tentang PIBG orang ramai boleh rujuk SPI 4/2004 dan Sub Peraturan 7(2).

“Manakala PIBK merupakan inisiatif penting di bawah Anjakan ke 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 hingga 2025). Ia satu daripada 11 Anjakan yang terkandung dalam dasar pendidikan terbaru.
“Sementara Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) pula ialah Biro baru yang diwujudkan di bawah PIBG mulai 2013 selain Biro Maklumat,” katanya pada Program Silang Muafakat PIBK Pendidikan Daerah Kota Tinggi di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi, dekat sini.

Hadir sama, Timbalan Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Mohd Fadil Ishak dan Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Kota Tinggi, Zakaria Abd Jalil.

Katanya, dalam inisiatif PIBK, semua pihak berganding bahu membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah selain warga pendidikan termasuk PIBG, KSIB, ibu bapa, alumni, komuniti, agensi dan rakan strategik dengan kawalan.

Sumber: GPS Bestari

jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel Perbezaan PIBG dan PIBK

Sekianlah artikel Perbezaan PIBG dan PIBK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perbezaan PIBG dan PIBK dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/perbezaan-pibg-dan-pibk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :