Pendakwah Terkenal Kelantan 'USTAZ BUDAK' dan Ustazah Wan Norazam sertai Amanah

Pendakwah Terkenal Kelantan 'USTAZ BUDAK' dan Ustazah Wan Norazam sertai Amanah - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendakwah Terkenal Kelantan 'USTAZ BUDAK' dan Ustazah Wan Norazam sertai Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendakwah Terkenal Kelantan 'USTAZ BUDAK' dan Ustazah Wan Norazam sertai Amanah
link : Pendakwah Terkenal Kelantan 'USTAZ BUDAK' dan Ustazah Wan Norazam sertai Amanah

Baca juga


Pendakwah Terkenal Kelantan 'USTAZ BUDAK' dan Ustazah Wan Norazam sertai Amanah

Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman berceramah di pentas Amanah malam tadi.
Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman berceramah di pentas Amanah malam tadi.
Dua pendakwah terkenal Kelantan Ustazah Wan Norazam Abdul Aziz dan Ustaz Shamsul Zaman Shukri dikenali dengan 'Ustaz Budak' mengejutkan banyak pihak apabila mereka muncul di dua majlis berasingan bersama Amanah malam tadi.
Dalam majlis ringkas di sebuah restoran terkenal di Kota Bharu Wan Norazam secara rasmi menyerahkan borang permohonan menyertai Amanah kepada timbalan ketua Awan Kelantan Norashidah Jaafar.
Majlis yang disertai ahli-ahli jawatankuasa Awan negeri itu disaksikan oleh isteri penasihat Amanah Kelantan, Datin Ruhana Abdul Rahman.
Bercakap kepada media sempena majlis itu, beliau yang pernah memegang jawatan timbalan bahagian Halaqat jabatan hal ehwal Islam negeri Kelantan berharap penyertaan beliau dapat memberi sumbangan untuk memperkukuhkan parti Amanah.
"Insya Allah, saya berharap akan dapat menyumbang tenaga dan fikiran bagi menjayakan cita-cita murni sebuah parti Islam yang berusaha meneruskan perjuangan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini," katanya.
Berkenaan sebab mengapa beliau meninggalkan parti lamanya, Norazam berkata parti itu kini dikuasai oleh kumpulan yang tidak lagi membela rakyat sebaliknya masing-masing menumpukan agenda peribadi.
"Saya kenal mereka dan saya tahu gelagat mereka semasa almarhum masih ada lagi dan ketiadaan tok guru seolah-olah dinanti-nanti untuk menzahirkan perangai sebenar masing-masing," katanya.
Ustazah Wan Norazam secara rasmi menyerahkan borang permohonan menyertai Amanah kepada timbalan ketua Awan Kelantan Norashidah Jaafar
Dalam majlis berasingan Ustaz Budak muncul secara mengejut dalam satu majlis ceramah yang dihadiri penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa di kampung Buluh Melintang, Chetok Pasir Mas malam tadi.
Kemunculan beliau segera menggemparkan dunia siber apabila ceramahnya yang disiarkan secara langsung menerusi facebook mendapat capaian melebihi 100k.
Komen-komen positif dan negatif terus menular dari pelbagai pihak yang masing-masing terkejut dan seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Seorang yang menggunakan nama Halim Che Adnan membuat tuduhan kononnya 'ustaz budak' diberi habuan besar dan tidak dilayan dengan baik oleh pihak Pas.
"Cerita sebenar dapat duit dengan Huse (Husam) 30k, pah tu nak marah ko (kepada) pimpinan negeri sebab tak bagi dia mengajar di medan ilmu Kota Bharu," katanya Halim dalam status facebooknya semalam.
Bagaimanapun di laman pemuda Amanah Kelantan yang menyiarkan secara langsung ceramah beliau dipenuhi komen-komen menyokong dan memuji tindakan beliau bersama Amanah.
"Terbaik ustaz budok. Dengar dia kecek (ceramah) teringat ko (kepada) tok guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat)," kata facebooker yang menggunakan nama Sufyan Zahari.
Badri Al-Utaibi Al-Desouky pula memberi komen, " Ustaz budak bersama Amanah...Alhamdulillah."
Penyertaan dua tokoh pendakwah terkenal Kelantan ini dijangka akan memberi impak besar kepada perkembangan Amanah khususnya di Kelantan.
Ustazah Wan Norazam yang pernah memegang beberapa jawatan penting dalam Pas satu ketika dahulu termasuk ketua penerangan muslimat Pas Kota Bharu merupakan pendakwah gigih yang amat dikenali di seluruh Kelantan.
Nama ustaz budak pula telah menjadi buah mulut masyarakat Kelantan semua peringkat dari golongan kanak-kanak hingga ke warga emas sejak sekian lama.
Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia malah juga menjadi penceramah selebriti di kalangan masyarakat Islam Thailand.
- http://ift.tt/1LUhtlb


Demikianlah Artikel Pendakwah Terkenal Kelantan 'USTAZ BUDAK' dan Ustazah Wan Norazam sertai Amanah

Sekianlah artikel Pendakwah Terkenal Kelantan 'USTAZ BUDAK' dan Ustazah Wan Norazam sertai Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendakwah Terkenal Kelantan 'USTAZ BUDAK' dan Ustazah Wan Norazam sertai Amanah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/pendakwah-terkenal-kelantan-ustaz-budak.html

Subscribe to receive free email updates: