Judul : Pelajar dakwa dipukul guru disiplin hanya diluku
link : Pelajar dakwa dipukul guru disiplin hanya diluku
Pelajar dakwa dipukul guru disiplin hanya diluku
ALOR SETAR 19 Feb.- Pelajar tingkatan empat yang mendakwa dicekik dan ditumbuk oleh seorang guru displin di sini, baru-baru ini mengakui dia tidak diperlakukan sedemikian sebaliknya hanya diluku pada bahagian dahi kerana memberontak.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Mohd. Najib Abu Bakar berkata, melalui mesyuarat khas antara kesemua pihak pada Isnin lalu, pelajar itu mengakui bahawa dia sendiri tidak berpakaian kemas ketika datang ke sekolah.
"Dalam mesyuarat, pelajar itu mengakui diluku (ketuk) pada bahagian dahi kerana memberontak apabila ditegur kerana tidak memasukkan bajunya ke dalam seluar tetapi tidak pula ditumbuk dan ditendang seperti laporan sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 7.45 pagi pada 8 Februari lalu, pelajar itu mendakwa dicekak, ditumbuk di belakang kepala dan ditendang oleh seorang guru disiplin di hadapan pintu pagar sekolah kerana dikatakan tidak berpakaian kemas.
Bapa pelajar itu membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan tindakan guru disiplin itu yang dikatakan telah mencederakan anaknya.
Mohd. Najib bagaimanapun kesal kerana mesyuarat yang diadakan itu masih gagal mencapai jalan penyelesaian disebabkan bapa pelajar itu yang berusia 38 tahun masih mahu mengambil tindakan undang-undang.
"Saya syorkan bapa mangsa agar tidak meneruskan tindakan tersebut kerana ia akan berlarutan dan seterusnya memberi kesan kepada pelajar berkenaan untuk proses mahkamah dan sebagainya," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, Assisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera.- BERNAMA

Demikianlah Artikel Pelajar dakwa dipukul guru disiplin hanya diluku
Sekianlah artikel Pelajar dakwa dipukul guru disiplin hanya diluku kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar dakwa dipukul guru disiplin hanya diluku dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/pelajar-dakwa-dipukul-guru-disiplin.html