Judul : PAS TAMBAH KERUSI DI KELANTAN
link : PAS TAMBAH KERUSI DI KELANTAN
PAS TAMBAH KERUSI DI KELANTAN
Tak mustahil Pas tambah kerusi di Kelantan
GOMBAK - Pas tidak akan teragak-agak untuk bertanding lebih banyak kerusi Dun pada PRU14 terutamanya di Kelantan.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, walaupun bilangan kerusi yang bertanding ditentukan pucuk pimpinan Pas, namun beliau yakin pemerintahan kerajaan Kelantan dapat dikekalkan di bawah pentadbiran parti itu.
“Jika melihat kembali, Kelantan antara negeri yang mengamalkan sistem demokrasi. Di sana, kalau rakyat tak suka, mereka boleh mengubahnya.
“Kelantan pernah ditadbir oleh BN dan dirampas semula Pas pada pilihan raya lalu. Jadi untuk berhadapan PRU14, kami yakin ia akan terus bersama Pas,” katanya.
Jelasnya, Pas tidak pernah mengamalkan prinsip ‘tamak’ kerusi sebaliknya melihat kepada keperluan.
“Sejak dahulu, Pas mengamalkan sikap toleransi dengan pelbagai pihak yang bersama kita.
“Cuma, untuk kali ini, jika lihat ada lagi cubaan ‘liar’ dan terus mencabar Pas, tak mustahil kami tambah bilangan kerusi bertanding di Kelantan,” katanya.
Jelasnya, pada masa ini, Pas akan melihat kepada parti-parti yang bekerjasama dengan mereka dalam blok ketiga.
“Mungkin ada kawasan, ada sahabat-sahabat kita nak bertanding, Pas akan beri laluan.
“Jika tidak, Pas akan teruskan bertanding di kawasan tersebut,” katanya.
Pada PRU13 lalu, Pas berjaya menawan Kelantan dengan kemenangan majoriti 32 kerusi berbanding BN yang hanya memperoleh 12 dan PKR satu kerusi.
Pas kehilangan satu kerusi iaitu Dun Salor apabila wakil rakyatnya yang juga bekas Naib Presiden Pas, Datuk Hussam Musa dipecat oleh parti.
Beliau kini telah dilantik menjadi Penasihat Amanah Kelantan dan dijangka mempertahankan kerusi Dun tersebut atas tiket Amanah pada pilihan raya akan datang.
Demikianlah Artikel PAS TAMBAH KERUSI DI KELANTAN
Sekianlah artikel PAS TAMBAH KERUSI DI KELANTAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS TAMBAH KERUSI DI KELANTAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/pas-tambah-kerusi-di-kelantan.html