Judul : PAS KENA BERTEGAS DENGAN PENDIRIANNYA
link : PAS KENA BERTEGAS DENGAN PENDIRIANNYA
PAS KENA BERTEGAS DENGAN PENDIRIANNYA
Kerjasama Pas, Bersatu bawa perpecahan
SHAH ALAM – Pertemuan bagi membincangkan masa depan kerjasama antara Pas dan Bersatu yang bakal dimuktamadkan hari ini dilihat bakal memberikan impak perpecahan dalam blok pembangkang.
Penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, isu kerjasama antara Pas dan Bersatu dilihat cenderung memberikan impak negatif kepada gabungan Pakatan Harapan.
Hal ini kerana Pas tetap dengan pendirian tidak mahu ada kerjasama bersama Amanah dan DAP.
“Kerjasama Pas-Bersatu boleh membawa kepada perpecahan blok pembangkang andai kata Pas bertegas dengan pendirian dan syarat kerjasama tanpa Amanah dan DAP.
“Jika wujud dua blok Pas-Bersatu dan Bersatu bersama Pakatan, akan timbul isu kepercayaan dan motif dalaman sesama parti dalam Pakatan Harapan.
“Saya melihat perkara ini yang perlu diatasi Pakatan Harapan dengan mencari keyakinan dengan ikhlas dan jujur kerana kerjasama parti politik ini akan menentukan masa depan negara jika menang PRU14 nanti,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut meluahkan pendapat sama.
“Soal kerjasama ini akan bawa kelebihan atau perpecahan bergantung kepada sejauh mana kedua-dua parti (Pas dan Bersatu) bekerjasama.
“Jika tidak blok pembangkang akan pecah. Sekarang ini, kecenderungan dilihat lebih terarah kepada perpecahan gabungan pembangkang.
“Sekarang ini, jika Pas tak sertai maka blok pembangkang sendiri akan berpecah kerana mereka perlukan Pas dalam menghadapi PRU14,” katanya.

Demikianlah Artikel PAS KENA BERTEGAS DENGAN PENDIRIANNYA
Sekianlah artikel PAS KENA BERTEGAS DENGAN PENDIRIANNYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS KENA BERTEGAS DENGAN PENDIRIANNYA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/pas-kena-bertegas-dengan-pendiriannya.html