Judul : PARTI MENYEBUK NEGARA
link : PARTI MENYEBUK NEGARA
PARTI MENYEBUK NEGARA
YANG HANG DOK MENYEBUK HAL
ORANG LAIN TU APA PASAI ?
AWAT HANG TAK JAGA PUNGKOQ SENDIRI ?
LUQ LAQ PUNYA PAN.
-Pak Karamu-
Amanah Kedah alukan kerjasama Pas, Umno
Ismail Salleh
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah mengalukan cadangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk mengadakan kerjasama Umno dan Pas peringkat Kedah.
Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, telah sampai masanya rakyat menilai dan membuat keputusan untuk menyokong siapa setelah sekian lama kerjasama yang tidak rasmi diadakan.
"Antara kerjasama tidak rasmi itu termasuk demonstrasi bantahan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadap orang-orang Islam Rohingya walaupun sebagai sebuah kerajaan sepatutnya bantahan G to G adalah lebih bertepatan.
"Yang terbaru, kerjasama 'sekapal' Food Flotilla for Myanmar yang dikhabarkan kapal hanya akan berlabuh di Ranggon dan segala bentuk bantuan akan diserahkan kepada Kerajaan Myanmar," katanya dalam kenyataan, semalam.
Umno Kedah bersedia menjalin kerjasama dengan Pas di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu, kata Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Umno Kedah.
Beliau berkata bagaimanapun kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.
Dalam pada itu, kata Ismail lagi, kekeliruan kepada rakyat bentuk kerjasama antara Pas dan Umno harus dirungkai segera.
"Dan ini bersesuaian dengan konsep keadilan yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan.
"Dari segi peruntukan budget kepada wakil rakyat pula,Amanah Kedah mengesyorkan supaya semua wakil rakyat yang di pilih akan diberi peruntukan yang sama, sama ada wakil rakyat pembangkang atau kerajaan kerana peruntukan itu sebenarnya akan dibelanjakan kepada rakyat yang memilih mereka di konstituensi masing-masing," katanya lagi.
Demikianlah Artikel PARTI MENYEBUK NEGARA
Sekianlah artikel PARTI MENYEBUK NEGARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PARTI MENYEBUK NEGARA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/parti-menyebuk-negara.html