PAN PARTI MENYEBUK .....

PAN PARTI MENYEBUK ..... - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAN PARTI MENYEBUK ....., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAN PARTI MENYEBUK .....
link : PAN PARTI MENYEBUK .....

Baca juga


PAN PARTI MENYEBUK .....

UNDI CINA LARI DARIPADA PAS.
UNDI MELAYU LARI DARIPADA PKATAN HARAPAN.
MELAYU LARI DARI PAKATAN HARAPAN 
SEBAB DAP DAN PAN
 
LEBIH BAIK PAS BERSENDIRIAN
DARI BERKAWAN DENGAN
PARTI YANG TIDAK MENGHORMATI
DASARNYA
 
-Pak Karamu-
 
 
Amanah bimbang jika gabung Pas
Amanah bimbang jika gabung Pas
 
Mohamad ketika berucap sempena Dialog Terbuka Isu-Isu Semasa Bersama Presiden Amanah Dan Pimpinan Pakatan Harapan Terengganu di Dewan Hotel YT Midtown, semalam.
 
KUALA TERENGGANU - Keputusan bergabung dengan Pas lebih membimbangkan Amanah berbanding pertandingan tiga penjuru pada PRU14 akan datang.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, desakan bergabung dengan Pas lebih merugikan dan boleh menyebabkan pengundi khususnya bukan Melayu lari daripada Pakatan Harapan, sebaliknya bertegas pakatan itu berpeluang menang sekalipun berlaku pertandingan tiga penjuru.

Beliau berkata, pengundi bukan Melayu telah menunjukkan penolakan kepada Pas khususnya dalam PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor, Jun tahun lalu apabila Pas gagal mendapat sebarang undi di saluran tertentu di dua peti undi sedangkan di Selangor, Pas masih lagi bergabung bersama-sama PKR dan DAP dalam Kerajaan Selangor.

“Oleh itu, rakan kita daripada Keadilan (PKR), kita bimbang kalau kita terus desak untuk bersama dengan Pas, undi kita lari... Kalau kita tegas dengan pendirian kita ke arah pemerintahan yang baik, tidak mahu (menyokong) puak-puak (yang terlibat) dengan rasuah, saya yakin PRU akan datang, kalau Terengganu tidak berjaya (dirampas oleh Pakatan Harapan), lain-lain negeri kita yakin akan berjaya.

“...Kita tengok Kajian Invoke dan kajian-kajian yang lain, tidak peliklah kalau kita ambil alih Putrajaya pada PRU akan datang walaupun tiga penjuru. Jadi janganlah kita harap hendak menang semua tetapi menang cukup bilang.

 Saya kata tadi hendak lonjak ambil alih Malaysia itu, kena (tarik) undi bukan Islam dulu sebab orang Melayu ini kalau kita ambil alih Malaysia, dia akan ikut. 

Terutama orang Pantai Barat, dia akan ikut siapa yang perintah,” katanya ketika berucap sempena Dialog Terbuka Isu-Isu Semasa Bersama Presiden Amanah dan Pimpinan Pakatan Harapan Terengganu di Dewan Hotel YT Midtown, di Jalan Tok Lam, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Mengulas lanjut, Mohamad yakin menang di Kelantan sekali gus meluaskan pengaruhnya di negeri Pas itu pada PRU akan datang berikutan pergolakan dalaman yang cukup hebat didakwa berlaku dalam Pas di negeri itu.

Menurutnya, rakyat Kelantan juga mempunyai sikap tegas sebagaimana pengundi Cina dan memberitahu sebahagian ahli Pas yang mempunyai jawatan di peringkat bawah pernah membuat pengakuan berterus-terang kepadanya untuk menyokong Amanah.

Jelasnya lagi, pihaknya turut dikejutkan dengan kaji selidik oleh Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) yang menunjukkan 38 peratus ahli Pas akan menyokong Pakatan Harapan pada PRU14.

“Dari awal saya tubuh Gerakan Harapan Baru, saya yakin Kelantan kita boleh dapat sebab Kelantan ada sedikit budaya Cina. Dia boleh ubah dan patah balik. 

Pada tahun 1959, Terengganu pun menang waktu itu, dia (pengundi Kelantan) boleh bagi Pas dua kerusi, dia boleh bagi BN kosong, lepas itu dia boleh bagi Pas kosong pula,” katanya.

Apaa yang penting katanya, usaha berterusan boleh membantu untuk terus mewujudkan momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan khususnya Amanah yang bakal menyertai PRU buat kali pertama dalam negara bagi penggal ke-14.


Demikianlah Artikel PAN PARTI MENYEBUK .....

Sekianlah artikel PAN PARTI MENYEBUK ..... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAN PARTI MENYEBUK ..... dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/pan-parti-menyebuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :