NUTP kesan ada sekolah tidak patuhi pekeliling

NUTP kesan ada sekolah tidak patuhi pekeliling - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NUTP kesan ada sekolah tidak patuhi pekeliling, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NUTP kesan ada sekolah tidak patuhi pekeliling
link : NUTP kesan ada sekolah tidak patuhi pekeliling

Baca juga


NUTP kesan ada sekolah tidak patuhi pekeliling


Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengesan ada sekolah melaksanakan kegiatan pada Sabtu minggu pertama, ketiga dan kelima yang bercanggah dengan pekeliling Kementerian Pendidikan melarang aktiviti pada minggu berkenaan.

Presidennya Kamarozaman Abd Razak berkata sekolah terbabit sepatutnya mematuhi pekeliling dan setiap arahan Kementerian Pendidikan bagi memberi peluang guru berehat dan menguruskan hal ehwal keluarga pada hari berkenaan.

Sedia jadi orang tengah

"Kami sedia menjadi orang tengah untuk melaporkan sekolah terbabit kepada Kementerian Pendidikan bagi memastikan guru tidak terbeban dengan kegiatan sekolah setiap hujung minggu (Sabtu).

"Kegiatan sekolah pada Sabtu minggu pertama, ketiga dankelima 'diharam'' oleh Kementerian Pendidikan seperti termaktub dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 2005: Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu," katanya kepada BH di sini semalam.

Kamarozaman diminta mengulas aduan guru berhubung sekolah mengadakan kegiatan pada Sabtu minggu pertama, ketiga dan kelima sedangkan program atau mesyuarat hanya boleh dijalankan pada minggu kedua dan keempat sahaja.

Pada 7 Mac 2016, Kementerian Pendidikan mengeluarkan pekeliling berkaitan pelaksanaan bekerja lima hari seminggu seperti termaktub dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 2005 yang hanya membenarkan mesyuarat dan program pada Sabtu minggu kedua dan keempat.

Pekeliling ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Datuk Ahmad Tajudin Jab itu jelas menyatakan tiada sebarang aktiviti, program atau mesyuarat dibenarkan pada Sabtu minggu pertama, ketiga dan kelima.

Selaras pelaksaan aktiviti

Sementara itu, Kamaruzaman berkata, semua pengetua dan guru besar perlu menyelaraskan pelaksanaan aktiviti termasuk mesyuarat membabitkan guru di sekolah masing-masing.

Beliau berkata, golongan pendidik juga memerlukan waktu rehat mencukupi dan program bersama keluarga serta tidak sepatutnya mereka dipanggil bekerja pada Sabtu minggu tertentu yang tidak dibenarkan Kementerian Pendidikan.

"Pekeliling berkenaan perlu dipatuhi kerana kita tidak mahu membebankan guru di negara ini dengan pelbagai tugas termasuk hadir ke sekolah setiap Sabtu," katanya.






jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel NUTP kesan ada sekolah tidak patuhi pekeliling

Sekianlah artikel NUTP kesan ada sekolah tidak patuhi pekeliling kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NUTP kesan ada sekolah tidak patuhi pekeliling dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/nutp-kesan-ada-sekolah-tidak-patuhi.html

Subscribe to receive free email updates: