MCA Yakin Kemenangan PRK Tanjong Datu Bukti Kerajaan BN Masih Relevan

MCA Yakin Kemenangan PRK Tanjong Datu Bukti Kerajaan BN Masih Relevan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA Yakin Kemenangan PRK Tanjong Datu Bukti Kerajaan BN Masih Relevan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA Yakin Kemenangan PRK Tanjong Datu Bukti Kerajaan BN Masih Relevan
link : MCA Yakin Kemenangan PRK Tanjong Datu Bukti Kerajaan BN Masih Relevan

Baca juga


MCA Yakin Kemenangan PRK Tanjong Datu Bukti Kerajaan BN Masih Relevan


Barisan Nasional Sarawak (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu. MCA sebagai salah satu komponen BN menyifatkan kemenangan Datuk Amar Jamilah Anu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tanjong Datu mencerminkan keyakinan rakyat terhadap wakil BN.

Presiden MCA DS Liow Tiong Lai berkata rakyat Sarawak telah menzahirkan sokongan jelas terhadap BN untuk terus memperjuangkan keharmonian, inklusiviti dan kesederhanaan. Beliau pasti pencapaian ini amat bermakna bagi Datuk Amar Jamilah dan akan terus membakar semangat untuk menyambung legasi, pengorbanan, jasa dan perjuangan Allahyarham TS Adenan Satem. Parti komponen BN, kata DS Liow sedia memberi sokongan padu dan berganding bahu bersama Datuk Amar Jamilah Anu.

Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong menyifatkan kemenangan Jamilah yang memperoleh peratus sokongan lebih tinggi adalah hasil kerjasama kerajaan negeri dan pusat. Dr Wee dalam catatan Twitternya, berkata,
"Tahniah BN kerana memenangi kerusi DUN Tanjong Datu dengan memperoleh peratusan sokongan kepada BN yang lebih tinggi 96.5 peratus. Tahniah YB Jamilah. YB Jamilah calon terbaik! BN Sarawak diterajui Abang Jo tetap kukuh! Muafakat BN Negeri dan Pusat membawa berkat. Teruskan kejayaan dan momentum ini!." 
Sementara itu Setiausaha Agung MCA, DS Ong Ka Chuan berkata, Mantan Ketua Menteri Sarawak yang lebih dikenali sebagai Tok Nan itu begitu disayangi oleh rakyat Sarawak dan beliau sukar dilupakan. DS Ong mengucapkan tahniah kepada Datuk Amar Jamilah dan berharap hasrat TS Adenan dapat diteruskan demi kemajuan negeri Sarawak secara keseluruhannya.

Datuk Amar Jamilah Anu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, dengan majoriti 6,443 undi. Datuk Amar Jamilah Anu berusia 61 tahun itu mendapat 6,573 undi, iaitu 551 undi lebih banyak daripada undi diperolehi arwah suaminya, TS Adenan Satem pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, Mei tahun lalu.

Datuk Amar Jamilah mengalahkan dua pencabarnya daripada Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR), Johnny Aput dan calon Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit yang masing-masing sekadar mendapat 108 undi serta 130 undi. Kedua-dua pencabarnya itu hilang wang deposit mereka mengikut peraturan SPR kerana gagal mendapat satu per lapan daripada jumlah undi.


Demikianlah Artikel MCA Yakin Kemenangan PRK Tanjong Datu Bukti Kerajaan BN Masih Relevan

Sekianlah artikel MCA Yakin Kemenangan PRK Tanjong Datu Bukti Kerajaan BN Masih Relevan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA Yakin Kemenangan PRK Tanjong Datu Bukti Kerajaan BN Masih Relevan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/mca-yakin-kemenangan-prk-tanjong-datu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :