MCA sedia bincang dengan Pas

MCA sedia bincang dengan Pas - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA sedia bincang dengan Pas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA sedia bincang dengan Pas
link : MCA sedia bincang dengan Pas

Baca juga


MCA sedia bincang dengan Pas

Sinar Harian
Pas
SHAH ALAM - MCA sedia berbincang dan bekerjasama dengan Pas mengenai nilai-nilai tertentu seperti pendidikan, pembangunan ekonomi serta masalah-masalah kemasyarakatan.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan, cadangan Pas untuk meningkatkan hukuman maksimum seperti terdapat dalam Pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) boleh menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada rakyat di negara ini, yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Beliau menegaskan, MCA bukanlah parti yang menentang Islam, dan juga tidak mempunyai hasrat untuk campur tangan hal ehwal membabitkan umat Islam.
"MCA bagaimanapun tidak boleh mendiamkan diri kerana isu pindaan RUU 355 ini turut merisaukan kaum lain. Dalam dunia moden hari ini, meningkatkan hukuman bukanlah matlamat sebenar, sebaliknya pendidikan perkara asas perlu jadi keutamaan.

"Walaupun soal hukuman dan pendidikan adalah isu kontroversi, namun bukti daripada sejarah dan dunia moden hari ini memberikan pendidikan adalah lebih penting daripada mengenakan hukuman.

"MCA setuju dalam isu-isu seperti pendidikan, kerja amal, perpaduan dan pembangunan, tetapi tidak memberi galakan soal hukuman kerana ia hanya boleh memecahbelahkan dan mendatangkan kecurigaan antara kaum, serta tidak membawa sebarang faedah kepada negara," kata Ka Chuan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II kepada Sin Chew Jit Poh.


Demikianlah Artikel MCA sedia bincang dengan Pas

Sekianlah artikel MCA sedia bincang dengan Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA sedia bincang dengan Pas dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/mca-sedia-bincang-dengan-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :