Judul : MB: Selangor tak mungkin capai tahap sekarang jika ada rasuah
link : MB: Selangor tak mungkin capai tahap sekarang jika ada rasuah
MB: Selangor tak mungkin capai tahap sekarang jika ada rasuah
Kerajaan Selangor akan beri kerjasama penuh terhadap siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Skim Mesra Usia Emas berjumlah RM200 juta
KLANG: Kerajaan Selangor akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berjumlah RM200 juta.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban serta mengambil sikap terbuka mengenai sebarang aduan.
“Semua boleh lihat, tidak mungkin jika ada rasuah dan salah guna kuasa, Selangor boleh mencapai tahap seperti sekarang, rizab meningkat dan tahap pengurusan kewangan yang kukuh,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Smart Trak, Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan Bekas Polisterin anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan KDEB Waste Management (KDEBWM) Sdn Bhd di sini hari ini.
Mohamed Azmin mengulas laporan SPRM yang dibuat Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam berhubung dakwaan penyalahgunaan dana SMUE berjumlah RM200 juta.
Jamal berkata laporan itu dibuat bertujuan mendesak SPRM menyiasat beberapa persoalan yang timbul berkaitan dana awam tersebut yang didakwa disalurkan kepada anggota Parlimen tertentu di daerah-daerah Hulu Langat, Gombak dan Petaling Jaya.
Menurut Mohamed Azmin, SMUE adalah sebahagian daripada program merakyatkan ekonomi Selangor sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pada 2008
Demikianlah Artikel MB: Selangor tak mungkin capai tahap sekarang jika ada rasuah
Sekianlah artikel MB: Selangor tak mungkin capai tahap sekarang jika ada rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MB: Selangor tak mungkin capai tahap sekarang jika ada rasuah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/mb-selangor-tak-mungkin-capai-tahap.html