Judul : MASIH ADA HARAPAN ? JAGA MULUT !
link : MASIH ADA HARAPAN ? JAGA MULUT !
MASIH ADA HARAPAN ? JAGA MULUT !
Bersatu mahu jalin pakatan pilihan raya dengan Pas
Datuk Seri Mukhriz Mahathir
PORT DICKSON - Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bersatu) mahu menjalin 'pakatan pilihan raya' dengan Pas bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru pada PRU14 akan datang.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Bersatu akan berusaha untuk berunding dengan Pas bagi merintis satu "pakatan pilihan raya".
"Mahu tak mahu kami (Bersatu) terpaksa ada (pilih) satu tarikh untuk memuktamadkan adakah kami boleh atau tidak jalin kerjasama dengan Pas walaupun dalam bentuk "electoral pact' (pakatan pilihan raya)", katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mukhriz berada di sini bagi menghadiri program pemukiman Bersatu selama empat hari bermula Isnin lepas yang turut dihadiri semua pimpinan tertinggi parti termasuk pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan Pas tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Bernama selagi ia menjalin hubungan dan bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata pada PRU14, PPBM akan menumpukan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. - Bernama
Demikianlah Artikel MASIH ADA HARAPAN ? JAGA MULUT !
Sekianlah artikel MASIH ADA HARAPAN ? JAGA MULUT ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MASIH ADA HARAPAN ? JAGA MULUT ! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/masih-ada-harapan-jaga-mulut.html