Judul : Malaysiakini Keliru Agaknya Siapa Saman Siapa Dalam Isu YaPEIM?
link : Malaysiakini Keliru Agaknya Siapa Saman Siapa Dalam Isu YaPEIM?
Malaysiakini Keliru Agaknya Siapa Saman Siapa Dalam Isu YaPEIM?
Malaysiakini, baca di sini, melaporkan Pengasas Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN), Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazli Hashim memfailkan saman RM20 juta ke atas dakwaan salah laku dan usaha menutup yayasan itu, kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan enam pihak lagi.
Namun, Ketua Pengarah YaPEIM dalam kenyataan media beliau semalam berkata, Setakat jam 7.00 malam, 16/02/2017, saman tersebut tidak lagi diserahkan ke atas mana-mana pihak. Laju bebenor Malaysiakini menulis berita atau Malaysiakini Tok Nujum yang boleh menilik masa depan?
Lebih teruja apabila PEMANGKIN telah terlebih dahulu pada 29/11/2016 telah menyaman kedua-dua Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim tersebut yang merupakan pengarah-pengarahnya melalui Writ Saman No. WA-22NCC-404-11/2016 secara tindakan terbitan (derivative action) di mana perintah injunksi diperolehi bagi membekukan kesemua akaun bank kedua-dua mereka untuk melindungi dan memelihara harta, aset-aset serta kepentingan PEMANGKIN.
Yang PEMANGKIN saman kedua-dua pengarah-pengarah mereka tidak pula dilaporkan oleh Malaysiakini? Yang belum disaman dijadikan topik utama berita. Apa motif sebenar Malaysiakini? Jangan lupa Pada 23/01/2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga di dalam kes yang sama, telah memberikan kebenaran memulakan prosiding untuk mengkomitkan ke penjara (commit to prison proceeding) terhadap Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim di atas keingkaran mereka bagi mematuhi perintah Mahkamah mengarahkan mereka menyatakan aset-aset kepunyaan mereka dan PEMANGKIN.
Demikianlah Artikel Malaysiakini Keliru Agaknya Siapa Saman Siapa Dalam Isu YaPEIM?
Sekianlah artikel Malaysiakini Keliru Agaknya Siapa Saman Siapa Dalam Isu YaPEIM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysiakini Keliru Agaknya Siapa Saman Siapa Dalam Isu YaPEIM? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/malaysiakini-keliru-agaknya-siapa-saman.html