[KUANTAN] TUNGGU LAPORAN PTG KES BAUKSIT KEMBALI BEROPERASI

[KUANTAN] TUNGGU LAPORAN PTG KES BAUKSIT KEMBALI BEROPERASI - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] TUNGGU LAPORAN PTG KES BAUKSIT KEMBALI BEROPERASI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] TUNGGU LAPORAN PTG KES BAUKSIT KEMBALI BEROPERASI
link : [KUANTAN] TUNGGU LAPORAN PTG KES BAUKSIT KEMBALI BEROPERASI

Baca juga


[KUANTAN] TUNGGU LAPORAN PTG KES BAUKSIT KEMBALI BEROPERASI


Adnan Yaakob


Kerajaan negeri Pahang masih menunggu laporan daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) berhubung laporan lengkap tindakan menyita jengkaut yang menjalankan aktiviti mengorek tanah di kawasan lombong bauksit di Kampung Jeram, Beserah, Selasa lalu.

Menteri Besarnya, Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob berkata, pihaknya terkejut dengan tindakan kontraktor terbabit yang ingkar arahan dalam tempoh moratorium.

Bagaimanapun, beliau yakin pihak PTG bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melaksanakan tanggungjawab bersama bagi menangani situasi itu.

"Buat masa ini, saya masih menunggu laporan lengkap PTG seperti status tapak lombong itu.

"Kebanyakan tapak lombong milik persendirian sukar untuk,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Raya Pantai Selamat Indera Mahkota.

Hadir sama, Pengarah Pantai Selamat , Goh Chin Choon.

Adnan berkata, kerjasama baik amat diperlukan antara kedua-dua pihak.

Tambahnya, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada kementerian dalam hal berkaitan bauksit.

Selasa lalu, dua jentera memasuki tapak lombong bauksit di Kampung Jeram dan kontraktor terbabit mendakwa mempunyai surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membawa keluar lebihan bauksit.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] TUNGGU LAPORAN PTG KES BAUKSIT KEMBALI BEROPERASI

Sekianlah artikel [KUANTAN] TUNGGU LAPORAN PTG KES BAUKSIT KEMBALI BEROPERASI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] TUNGGU LAPORAN PTG KES BAUKSIT KEMBALI BEROPERASI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/kuantan-tunggu-laporan-ptg-kes-bauksit.html

Subscribe to receive free email updates: