[KUANTAN] POLIS TELITI CCTV KES PEKERJA KEDAI MAUT

[KUANTAN] POLIS TELITI CCTV KES PEKERJA KEDAI MAUT - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] POLIS TELITI CCTV KES PEKERJA KEDAI MAUT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] POLIS TELITI CCTV KES PEKERJA KEDAI MAUT
link : [KUANTAN] POLIS TELITI CCTV KES PEKERJA KEDAI MAUT

Baca juga


[KUANTAN] POLIS TELITI CCTV KES PEKERJA KEDAI MAUT


PDRM


Polis masih meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran berikutan kes seorang pekerja kedai bunga yang ditemui maut di Jalan Pasar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, sehingga kini pihaknya masih belum dapat mengenalpasti motif sebenar kes pembunuhan mangsa tersebut.

Menurutnya, orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan berhubung kejadian itu.

"Berkenaan dakwaan ia berpunca akibat kegiatan pengedaran dadah, buat masa ini pihak kami tidak dapat mengesahkan perkara itu namun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Proses bedah siasat selesai dijalankan jam 6.30 petang semalam dan mayat diserahkan kepada ahli keluarga mangsa untuk urusan pengebumian di Karak, Bentong, hari ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kes terbabit dan pihaknya turut menjalankan sekatan jalan raya untuk mengesan suspek-suspek terlibat serta memberitahu kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Dalam pada itu ketika diminta ditanya mengenai spekulasi baru yang timbul yang menyatakan kegiatan itu membabitkan pembunuh upahan, beliau tidak mahu mengulas kerana kes siasatan kes itu masih berjalan dan tidak mahu proses siasatan terganggu.

Sementara itu, sepupu mangsa V Reenunair, 29, ketika dihubungi, di sini, memaklumkan mayat K.Selamparasan, 27 sudah dikebumikan di Karak, jam 2.30 petang tadi.

Katanya, sepatutnya hari ini keluarganya mengadakan sambutan hari lahir mangsa yang ke-27 namun ia bertukar majlis pengebumian.

“Ahli keluarga kami masih bersedih terutamanya ibunya yang berusia 55 tahun kerana masih sedih dan tidak dapat menerima hakikat dengan kehilangan mangsa dalam keadaan kejam sebegitu.

“Kami akan berpuasa selama 16 hari itu untuk menghormati kematian mangsa dengan tidak menyentuh nasi atau makanan berlauk sebaliknya hanya akan menikmati sayuran untuk menggalas perut,” jelasnya.

K.Selamparasan yang telah melakukan pembedahan pertukaran jantina sejak lapan tahun lalu dan dikenali dengan panggilan Shameela ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di lantai sebuah premis bangunan di lokasi tersebut.

Mangsa ditemui berlumuran darah dengan kesan tiga das tembakan di kepala selain peha dan belakang ditetak apabila ditemui orang awam kira-kira jam 5 pagi semalam.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] POLIS TELITI CCTV KES PEKERJA KEDAI MAUT

Sekianlah artikel [KUANTAN] POLIS TELITI CCTV KES PEKERJA KEDAI MAUT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] POLIS TELITI CCTV KES PEKERJA KEDAI MAUT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/kuantan-polis-teliti-cctv-kes-pekerja.html

Subscribe to receive free email updates: