Judul : [KUANTAN] HINA SULTAN: LAGI NGO BUAT LAPORAN POLIS
link : [KUANTAN] HINA SULTAN: LAGI NGO BUAT LAPORAN POLIS
[KUANTAN] HINA SULTAN: LAGI NGO BUAT LAPORAN POLIS
Tindakan individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Ahmad Shah menerusi laman sosial 'Facebook' Khamis lalu, tidak boleh diterima masyarakat.
Rentetan itu, Seramai 20 orang ahli Pertubuhan Kebajikan Dakwah dan Islamiah (Pekida) Pahang, bertindak segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan sebanyak lima laporan telah dibuat bagi kes tersebut.
Pengerusinya, Datuk Ngah Ismail berkata, penghinaan ke atas dua individu ternama itu telah menjadi viral di laman sosial dengan mengaitkan bersama isu kejadian lemas kanak-kanak di kolam tinggalan bauksit, baru-baru ini.
Katanya, laporan polis itu dibuat bagi memastikan individu tersebut dikenakan tindakan sewajarnya mengikut prosedur undang-undang.
"Kita telah menenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut yang menggunakan nama Ahmad Taufik berasal dari Chenderawasih, dekat sini dan segala butir maklumat telah diserahkan kepada polis.
"Sebagai rakyat Pahang, kita sangat marah dengan penghinaan ini dan merasakan dia tidak layak berada di negeri ini.
"Sepatutnya dia melihat dengan lebih mendalam...sekiranya tiada arahan daripada baginda, mungkin tindakan yang wajar masih belum diambil terhadap bekas-bekas lombong di daerah ini," katanya kepada Sinar Harian di hadapan IPD, di sini, hari ini.
Demikianlah Artikel [KUANTAN] HINA SULTAN: LAGI NGO BUAT LAPORAN POLIS
Sekianlah artikel [KUANTAN] HINA SULTAN: LAGI NGO BUAT LAPORAN POLIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] HINA SULTAN: LAGI NGO BUAT LAPORAN POLIS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/kuantan-hina-sultan-lagi-ngo-buat.html