KPDNKK PAHANG RAMPAS 1,795 TONG GAS LPG

KPDNKK PAHANG RAMPAS 1,795 TONG GAS LPG - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPDNKK PAHANG RAMPAS 1,795 TONG GAS LPG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPDNKK PAHANG RAMPAS 1,795 TONG GAS LPG
link : KPDNKK PAHANG RAMPAS 1,795 TONG GAS LPG

Baca juga


KPDNKK PAHANG RAMPAS 1,795 TONG GAS LPG


KPDNKK


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas 1,795 tong silinder gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian di sini, hari ini.

Pengarahnya Sharuddin Jali berkata dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, KPDNKK turut merampas alat menimbang, alatan memasak, peralatan 'decanting' dan sebuah lori yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM297,427.

"Rampasan dilakukan kerana pemilik gudang ini dipercayai melakukan operasi pengilangan LPG sedangkan lesen yang dikeluarkan KPDNKK sejak 2003 adalah bagi tujuan memborong sahaja," katanya selepas mengetuai serbuan itu.

Beliau berkata daripada jumlah tong silinder itu, 882 buah merupakan tong kosong dan hasil risikan sejak dua bulan lalu, dipercayai tong gas LPG itu adalah untuk pasaran Pahang barat dan Lembah Klang.

Sharuddin berkata KPDNKK juga mengambil keterangan pemilik gudang itu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan menahan tiga pekerja warga asing juga dalam lingkungan usia sama.

Beliau berkata siasatan dilakukan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki dalam kawalan barang kawalan LPG dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak dan Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana mengilang barang berjadual LPG tanpa lesen.

"Bagi kesalahan itu, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau tiga tahun penjara bagi kesalahan pertama manakala bagi kesalahan seterusnya boleh didenda maksimum RM3 juta atau lima tahun penjara.

"Manakala bagi badan korporat, denda maksimum RM2 juta boleh dikenakan bagi kesalahan kali pertama dan denda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan seterusnya, jika sabit kesalahan," katanya.




Demikianlah Artikel KPDNKK PAHANG RAMPAS 1,795 TONG GAS LPG

Sekianlah artikel KPDNKK PAHANG RAMPAS 1,795 TONG GAS LPG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPDNKK PAHANG RAMPAS 1,795 TONG GAS LPG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/kpdnkk-pahang-rampas-1795-tong-gas-lpg.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :