Judul : KITA JANGAN BANYAK BERCAKAP, SAMAN JE, BAGI DIA SEDAR DIRI
link : KITA JANGAN BANYAK BERCAKAP, SAMAN JE, BAGI DIA SEDAR DIRI
KITA JANGAN BANYAK BERCAKAP, SAMAN JE, BAGI DIA SEDAR DIRI
'Itu cuma taktik Husam tak mahu tanding PRU14'
KUALA LUMPUR - Pas menyindir Datuk Husam Musa sebagai tidak mahu bertanding dalam PRU14 apabila membangkitkan isu kononnya parti Islam itu menerima dana RM90 juta daripada Umno.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Husam pasti akan kehilangan kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
“Saya rasa dia (Husam) tak mahu bertanding dalam PRU akan datang. Sebab itu dia buat begitu.
“Kalau bawa ke mahkamah benda bohong, dia akan kalah. Bila kalah dia tak boleh bertanding pilihan raya. Saya tahu dia punya tujuan tak nak bertanding,” katanya kepada media selepas Konvensyen Kebajikan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Husam yang juga penasihat Amanah Kelantan mendakwa Pas menerima dana RM90 juta daripada Umno.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan tuduhan itu dan Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam.
Bagaimanapun, Husam tetap mempertahankan kenyataan beliau yang dibuat dalam ceramah di Selising, Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu.
Sementara itu, Abdul Hadi yakin Himpunan RUU355 anjuran Pas yang diadakan di Padang Merbok, 18 Februari ini akan mendapat sambutan positif parti politik dan orang bukan Islam.
“Ada parti menunjukkan respons yang sangat positif. Tapi nanti kita lihatlah kehadiran mereka 18 Februari ini, saya tak boleh beritahu sekarang secara terbuka.
“Saya juga percaya orang bukan Islam akan turut hadir terutama yang memahami RUU355. Tiada sebab untuk mereka menentang RUU355,” katanya.
Demikianlah Artikel KITA JANGAN BANYAK BERCAKAP, SAMAN JE, BAGI DIA SEDAR DIRI
Sekianlah artikel KITA JANGAN BANYAK BERCAKAP, SAMAN JE, BAGI DIA SEDAR DIRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KITA JANGAN BANYAK BERCAKAP, SAMAN JE, BAGI DIA SEDAR DIRI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/kita-jangan-banyak-bercakap-saman-je.html