Judul : [KESIAN] PAS Kedah tolak kerjasama dengan Umno
link : [KESIAN] PAS Kedah tolak kerjasama dengan Umno
[KESIAN] PAS Kedah tolak kerjasama dengan Umno
PAS Kedah hari ini menolak hasrat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk menjalin kerjasama dengan parti itu.
Portal Harakahdaily melaporkan, menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi, parti itu melihat tawaran kerjasama berkenaan dibayangi kelicikan muslihat politik Umno.
Katanya, PAS ingin menyarankan kepada Umno/BN yang menunjangi kerajaan Kedah supaya memberi perhatian penuh kepada kebajikan rakyat akibat daripada polisi-polisi mereka yang membebankan rakyat seperti rasionalisasi harga petrol dan diesel, sistem percukaian GST serta kegagalan mengawal harga barangan keperluan harian.
Malah, Kerajaan negeri juga belum dapat menamatkan kegusaran rakyat berhubung masalah bekalan air bersih, ancaman perjanjian dengan operator air yang berat sebelah serta kerisauan terhadap tanah bersejarah dan "green belt" dalam bandar yang mahu dikomersialkan. - MK
Demikianlah Artikel [KESIAN] PAS Kedah tolak kerjasama dengan Umno
Sekianlah artikel [KESIAN] PAS Kedah tolak kerjasama dengan Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KESIAN] PAS Kedah tolak kerjasama dengan Umno dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/kesian-pas-kedah-tolak-kerjasama-dengan.html