Kes Jong Nam: Jurukamera stesen TV Korea ditahan

Kes Jong Nam: Jurukamera stesen TV Korea ditahan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Jong Nam: Jurukamera stesen TV Korea ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Jong Nam: Jurukamera stesen TV Korea ditahan
link : Kes Jong Nam: Jurukamera stesen TV Korea ditahan

Baca juga


Kes Jong Nam: Jurukamera stesen TV Korea ditahan

 | February 21, 2017
Menurut jurucakap KBS, jurukamera itu ditahan kerana tidak membawa dokumen pengenalan diri serta pasport.
kbs-polisKUALA LUMPUR: Perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kecoh sedikit awal pagi tadi, apabila polis menahan seorang pengamal media asing yang “berkampung” bersama puluhan media yang membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong Nam.

Jurukamera Korean Broadcasting System (KBS) itu ditahan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, DSP M Gunalan selepas 4 kenderaan pacuan empat roda polis bersama sepasukan Petugas Khas
Jenayah Terancang (STAFOC) tiba pada jam 1.40 pagi tadi.
Turut hadir Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman.
Difahamkan, jurukamera KBS itu ditahan kerana dipercayai berada di sekitar IPFN dalam keadaan mencurigakan.

Menurut jurucakap KBS, jurukamera itu ditahan setelah didapati tidak membawa dokumen pengenalan diri serta pasport.
“Polis sudah membebaskan dia dalam masa setengah jam setelah kami membawa dan menunjukkan segala dokumen yang perlu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Sukri ketika dihubungi Bernama berkata, kehadiran sepasukan STAFOC bukan kerana membawa anak sulung mendiang Jong Nam, iaitu Kim Han Sol, 21, yang dijangka hadir ke IPFN untuk membuat pengecaman mayat dan ujian Deoksiribonukleik Asid (DNA).

Puluhan petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di IPFN sejak 5 petang semalam bagi menunggu Han Sol yang dijangka hadir ke IPFN untuk melakukan ujian DNA bagi urusan menuntut mayat, selain membantu siasatan kes itu, namun kelibat beliau tidak kelihatan sehingga awal pagi ini.

Ujian DNA yang akan dibuat Han Sol adalah untuk pengesahan identiti seperti dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.
Jong Nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un, meninggal dunia pada 13 Februari lalu ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau, apabila diserang 2 wanita dengan mukanya ditekup kain dipercayai mengandungi cecair beracun.
FMT


Demikianlah Artikel Kes Jong Nam: Jurukamera stesen TV Korea ditahan

Sekianlah artikel Kes Jong Nam: Jurukamera stesen TV Korea ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Jong Nam: Jurukamera stesen TV Korea ditahan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/kes-jong-nam-jurukamera-stesen-tv-korea.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :